Filem By: Atiqah Johari November 2, 2023 @ 5:39pm

Temui Penonton 9 November Ini, Filem Komedi ‘LA LUNA’ Bawa Tema Cinta & Perubahan Masa

Filem Komedi LA LUNA telah bersedia untuk menemui para penonton dengan tema yang biasa- cinta tetapi pembawaan dan mesej yang luar biasa! Filem kerjasama Singapura dan Malaysia, arahan pengarah berbakat dari Singapura M. Raihan Halim, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 November 2023 dan di Singapura pada 16 November 2023.

LA LUNA dibarisi oleh para pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan untuk menghiburkan penonton.

Menurut pengarah filem, M. Raihan Halim dia menyatakan filem ini mempunyai kedekatan yang begitu luar biasa dengan La Luna.

“Apabila saya menulis La Luna, saya merasakan bahawa ia adalah milik saya. Pada hari saya memberikan skrip kepada pelakon, ia menjadi milik mereka. Dan kini filem itu dibuat dan ditayangkan, ia adalah milik penonton. Ia adalah satu perjalanan yang sangat mengujakan, menyedihkan, mencabar dan akhirnya menggembirakan dan saya harap semua orang menikmatinya sama seperti saya melakukannya.

“La Luna.. ia mengenai perubahan masa. Manusia patut berubah, patut berkembang. Kadang kala kalau kita tidak berubah, kita akan tersekat. Ia sangat bahaya kerana perubahan dalam kehidupan tidak dapat dielakkan,” katanya.

LA LUNA juga dianggap sebagai sebuah cerita ‘labour of love’ di mana filem ini memberikan dirinya pelbagai emosi dengan momen-momen yang ditonjolkan.

Dengan kos produksi sebanyak S$1.1 juta (RM3.5 juta), LA LUNA melatarkan sebuah kampung rekaan bernama Bras Basah, yang merupakan kawasan paling tegas di negara ini. Dengan kehadiran sebuah kedai pakaian dalam bernama ‘La Luna’ secara tiba-tiba telah menghidupkan kampung yang sunyi dan tidak bersemangat. Walaupun penduduk kampung mula menerima kehadiran pemilik kedai dengan tangan terbuka, namun, ketua kampung nekad dengan tujuannya untuk mengusir pemilik kedai tersebut dengan apa cara sekalipun!

Sisi pemerkasaan wanita dipaparkan dengan menarik dan kemas dalam filem ini. Mesej ini yang perlu dihadam dan diperhalusi dalam momen-momen yang dipaparkan secara santai di bawah garapan M. Raihan Halim.

LA LUNA dipersembahkan oleh Clover Films; dengan kerjasama ACT 2 Pictures, One Cool Film, dan Papahan Films; diterbitkan oleh Clover Films, ACT 2 Pictures, dan Papahan Films dengan sokongan Suruhanjaya Filem Singapura, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hong Kong Asia Film Financing Forum (HAF), White Light Studio, dan Wouter Barendrecht Film Foundation.

Diedarkan bersama di Malaysia oleh Clover Films dan SKOP Productions, manakala di Singapura, Clover Films mengedarkan bersama Golden Village.

LA LUNA juga telah mencipta satu lagi Sejarah apabila filem ini berjaya ditayangkan di pentas antarabangsa menerusi tayangan perdana dunia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo di Jepun pada 24 Oktober lalu. Pengarah telah terbang ke negara matahari terbit itu untuk menjayakan festival berkenaan. Diadakan setiap tahun di Jepun, Pesta Filem Antarabangsa Tokyo itu menghargai dan meraikan sutradara dari serata dunia. La Luna terpilih dalam kategori ‘Asian Future Section’ di mana ia dalam senarai 10 filem yang dipilih untuk bersaing bagi kategori Anugerah Filem Terbaik Akan Datang Asia.

Malah filem ini turut masuk ke Jakarta Film Week. Pengarah, Shaheizy Sam dan Sharifah Amani diterbangkan ke Jakarta untuk sesi tayangan dan temuramah di sana.

Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 9 November 2023 dan di Singapura pada 16 November 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

Trending Thu, 10 Oct 2019

Spook Alert! Conquer Your Worst Nightmare At Sunway Lagoon Nights Of Fright 7

Nights of Fright returns for the seventh year and it gets even more SCARY AF

Trending Wed, 21 Feb 2018

ANGRY WOMAN SELLS CHEATING HUSBAND ON CAROUSELL FOR RM0.01!

How angry have you been that instead of yelling at or scolding someone, you would rather just sell them on an online platform?

Featured Mon, 25 Aug 2025

Kongsi Video Anak Tanpa Hijab, Netizen Label Beego ‘Red Flag’ – “Kesian Jelita Jadi Mangsa”

Tindakna Beego itu disiftakan sebagai narsistik dan red flag oleh netizen.

Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

Hiburan Thu, 10 Apr 2025

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Aprena Manrose hanya merajuk dengan suami, nafi ada masalah rumah tangga

Trending Wed, 23 Jun 2021

PKP 3.0 Disambung Atau Tidak? Keputusan Bakal Diumum 2 Atau 3 Hari Sebelum 28 Jun

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau beralih ke fasa seterusnya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal diumumkan dua atau tiga hari […]

error: Content is protected !!