Categories: Filem

Tular Di Laman Web Wattpad, Siri Popular Ini Akhirnya Diterbitkan Menjadi Filem

Sebuah filem yang diinspirasikan oleh bekas penyanyi kumpulan terkenal One Direction iaitu Harry Styles bakal menemui penonton di pawagam mulai 12 April 2019. 

Kisah ini mula mendapat perhatian setelah siri novel asalnya iaitu After menjadi kegilaan peminat di laman web Wattpad. Laman web popular tersebut semakin dikenali khususnya buat netizen yang gemar menulis dan menerbitkan siri novel secara online. Laman web itu kini mencecah sehingga berjuta-juta penulis dan pembaca daripada seluruh dunia. 

Sumber: https://www.instagram.com/aftermovie/?hl=en

Penulis siri novel After iaitu Anna Todd sama sekali tidak menyangka penulisan novel beliau menerima komen positif dan dibaca sehingga lebih 1 juta pembaca di laman web Wattpad. Malah, laman akaun Twitternya turut dihujani pelbagai komen positif daripada peminat dan pembaca yang obses dengan karakter utama ini. 

Sumber:https://www.instagram.com/aftermovie/?hl=en

Filem ini mengisahkan perjalanan  hidup Tessa Young (Josephine Langford) yang merupakan seorang penuntut universiti di tahun pertama. Kehidupan Tessa mula berubah setelah bertemu dengan seorang lelaki kacak yang mempunyai identiti misteri iaitu Hardin Scott (Hero Fiennes). Perwatakan misteri Hardin membuatkan Tessa jatuh cinta namun pelbagai halangan berlaku dalam perhubungan mereka. 

Sumber:https://www.instagram.com/aftermovie/?hl=en

Filem ini dibintangi oleh pendatang baru iaitu Hero Fiennes Tiffin dan Josephine Langford. Trailer filem ini sendiri telah ditonton lebih daripada 7 juta penonton di Youtube. Jom, kita sama-sama saksikan!

Ad Ops