Categories: Filem

Tya Arifin Akui Ashraf Very Open Minded!

Memiliki suami yang  memahami dan sentiasa menjadi penyokong setia semestinya menjadi idaman wanita. Bagi Tya Arifin yang juga isteri kepada Ashraf Khalid ini bersyukur kerana beliau sentiasa mendapat sokongan padu suaminya dalam apa jua  pekerjaan yang dipilih beliau.

Namun, Tya menganggap itu bukanlah alasan untuk beliau bebas membuat keputusan dalam melakukan sesuatu perkara termasuklah keputusan beliau untuk kembali berlakon. 

“Apa yang saya lakukan, harus mendapat izin suami tidak kiralah dalam bidang perniagaan, atau kerjaya seni. Jadi saya tidak pernah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberinya” 

Tambahnya lagi, beliau sangat terharu kerana suaminya bukan sahaja sentiasa membantu tetapi mengajar Tya menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Terbaru, Tya bakal tampil dalam sebuah filem penyaisatan dibawah arahan Datuk Zulkiflie M Osman. Dan, itu adalah percubaan pertama Tya dalam filem tempatan .

” Saya bersyukur dapat membintangi filem itu dan menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan lagi kerjaya dalam bidang lakonan. Dan saya berharap agar filem ini mampu membuka laluan untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam bidang lakonan terutamanya di Malaysia” Jelasnya.

Apapun, good luck girl! Diharap menantu Dato Siti Nurhaliza ini dapat memeriahkan lagi industri seni tanah air kita selepas ini. 

Salma Syahbuddin