“Pitt Anak Yang Baik…Takpa Pitt, Mama Reda” – Fauziah Nawi

“Hari ini hari kelima Pitt Hanif tinggalkan mama. Pitt anak yang baik, tak pernah meninggikan suara dan mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama cakap,” luah pelakon Fauziah Nawi berkongsi arwah anaknya yang juga pengarah, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif di Instagram, hari ini.

“Alhamdulillah, syukur kerana meminjamkan Allahyarham Mohd Firdaus Hj Mohd Hanif kepada saya, ibunya ya Allah.

“Mama reda Pitt. Cuma satu mama nak cakap, Pitt memang berpakat dengan arwah baba tinggalkan mama. Tak apa Pitt, mama reda,” katanya.

Pitt Hanif yang baru selesai penggambaran filem Coastguard lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, Sham Mokhtar, terbalik dan terbelah dua ketika keluar memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada Sabtu lalu.

Bagaimana pun, Sham yang juga Pengarah Fotografi filem itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiang sebuah jambatan.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasi hilang sekitar jam 4.25 petang pada Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur jam 2 pagi, pada Isnin.

Oleh: Guy Masaki

Del14