Categories: Filem

[VIDEO] Drama #Sokampung Dianggap Sampah Dan Syok Sendiri, Netizen Siap Perlekeh Liyana Jasmay

Drama #SoKampung yang baru sahaja ditayangkan pada 29 Februari lalu ternyata mendapat perhatian warganet apabila ramai yang mengatakan drama terbitan Mermaid Studios ini seakan-akan syok sendiri. 

Malah, ada yang menyifatkan drama ini tidak mempunyai jalan cerita yang menarik untuk ditonton oleh masyarakat kita, terutamanya apabila drama ini seolah-olah menunjukkan persepsi bahawa orang bandar tidak suka duduk di kampung.

Buat penonton menyampah!

Itu antara pendapat rata-rata peminat drama melayu yang menyifatkan drama dibawah arahan Liyana Jasmay ini ‘syok sendiri’. Mana taknya,  drama dan soundtrack yang digunakan dalam drama #Sokampung merupakan antara lagu Liyana Jasmay sehingga ada segelintir warganet yang menyampah dengan ‘effort’ pelakon tersebut.

Sumber : Twitter

Namun, terdapat juga segelintir yang memuji #Sokampung kerana mereka berpendapat cerita ini adalah berdasarkan kepada situasi  zaman sekarang terutamanya remaja yang sangat pentingkan gajet semata-mata sehingga nilai silaturrahim antara keluarga diketepikan. 

Sumber : Youtube

Cerita terbitan Liyana ‘bangga free hair’ Jasmay  ke?

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pengguna laman sosial yang menyifatkan drama #Sokampung ada kena mengena dengan dirinya yang dianggap membuka hijab.

Hurm, macam-macam lah! 

Apapun, kalau korang nak tahu best atau tidak cerita #Sokampung ni, korang bolehlah saksikan di Youtube TV3 Malaysia okay!

Salma Syahbuddin