Categories: Hiburan

Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Hafiz Suip!

PENYANYI Hafiz Suip yang baru sahaja menggondol dua anugerah menerusi Anugerah Juara Lagu 34 baru-baru ini selamat menimang cahaya mata yang kedua pada 1 Mac lalu! Wah, tahniah! 

Perkara ini telah  dikongsi oleh Hafiz sendiri menerusi laman Instagram peribadinya. Menerusi posting tersebut, pelantun lagu Ku Akui ini telah memuatnaik sekeping foto bayi yang tidak didedahkan wajahnya dengan kapsi,

“Alhamdulillah….welcome to the world my son,”

 

Kelmarin,Hafiz juga telah berkongsi foto isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah,27 yang sedang berada di wad hospital.  Isteri kepada penyanyi itu telah melahirkan bayi mereka  pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Subang Jaya. Nureffy dan bayinya yang memiliki berat 3.03 kilogram ini berada dalam keadaan yang sihat.

 

Kalau korang masih ingat, Hafiz dan isterinya pernah tular baru-baru ini semasa  AJL34. Mana tidaknya, penyanyi bersuara lunak ini mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita  sambil memegang tangan isterinya yang sedang sarat mengandung pada waktu itu. Bersemut habis!

Pemenang anugerah  vokal terbaik AJL34 ini telah mendirikan rumahtangga bersama Nureffy pada  tanggal 14 Mei 2016. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki,Muhammad Riyadh Zafri yang berusia  4 tahun.

Tahniah buat Hafiz dan isteri di atas kelahiran cahaya mata kedua ini. Mesti anak kedua ini pun comel macam parents dia!

Ad Ops