Categories: Filem

Walau Seminggu Je, Izzue Islam Dah Mula Rindu!

Walaupun diberi peluang selama seminggu sahaja, Izzue Islam mendedahkan seronok bergelar penyampai radio Suria FM.

Dalam masa, Izzue Islam tidak menolak akan menerima tawaran sekiranya diberikan peluang di masa akan datang.

“ Satu pengalaman yang cukup berharga. Saya mengelolakan Team Pagi Suria dari jam 6 hingga 10 pagi.

“Mental dan fizikal perlu kuat dan segar memandangkan perlu ke udara awal pagi untuk menarik perhatian pendengar,” katanya.

Akuinya, tugasan ini mencabar kerana pertama kali berada di konti dan menyifatkan ia bukan sebuah tugas mudah.

“Tidak mudah rupanya untuk menghafal isu yang perlu dibahas pada waktu ke udara. Segalanya perlu pantas,” katanya.

Izzue bergandingan bersama Fizi Ali dan Issey Fazlisham menerusi Slot Pagi Suria memberitahu jika diberi peluang dia mahu kembali di konti bagi mengasah lagi pengalaman untuk bergelar seorang penyampai radio.

SGMS Faida