Siapa sangka, filem Ejen Ali The Movie sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.86 juta dalam tempoh sehari tayangan sahaja. Wow!
Sejak filem animasi ini ditayangkan pada 28 November 2019 disemua pawagam berhampiran seluruh Malaysia, nampaknya Ejen Ali The Movie juga, merupakan filem yang turut tersenarai antara Top 10 Movies yang paling laris di GSC setakat ini.

Sumber : www.xtra.com.my
Dan, ini sekaligus menjadikan Ejen Ali The Movie sebagai filem animasi tempatan yang mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya.
Justeru itu, pihak Primeworks Studios mengucapkan terima kasih kepada semua ejen yang telahpun membeli tiket awal dan menonton filem ini!
So, kepada korang yang belum menonton filem animasi hebat ini, apa tunggu lagi, Bertindak Segera!
Opss! Hangatkan juga lamn sosial korang dengan #MisiSerbuPawagam #MisiTontonEATM #NoSpoilers #NoRecording #aniMY @ejen_ali