Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 10, 2025 @ 1:57am

Finalis Top 8 Sudah Diumumkan! Siapa Bakal Tawan Pentas Akhir Cat Fashion Week?

Senarai Top 8 Cat Fashion Week diumumkan secara rasmi menerusi segmen khas dalam program NONA pada 29 Jun lalu. Sebagai program realiti pertama di Malaysia yang meletakkan si bulus sebagai bintang utama peragaan, Cat Fashion Week bukan sekadar acara fesyen!

Ia meraikan karakter, pesona dan hubungan istimewa antara pemilik serta haiwan kesayangan mereka. Konsep unik ini bukan hanya menyentuh hati, malah turut merapatkan komuniti pencinta kucing di seluruh negara.

Daripada ratusan penyertaan yang diterima, hanya 20 kucing terpilih ke pusingan pre-judging tempoh hari untuk memperagakan gaya masing-masing yang diinspirasikan oleh kreativiti pemilik.

Dalam sesi penjurian yang penuh teliti, juri Yuen Wai menjelaskan, “Nama pun Cat Fashion Week, jadi salah satu kriteria utama yang kita akan nilai adalah busana yang kucing itu pakai, dan juga bila kita ada fashion show, kecantikan kucing itu juga akan kita nilai.

“Dua benda ni agak pentinglah dalam penilaian kita. Kalau kucing tu cantik macam manapun, tapi kalau dia tak confident, dia takut, jadi dia tak menggayakan pakaian tu. Keserasian kucing tu dengan owner tu juga penting. Kita nak cari pemenang yang balance.”

Inilah barisan Top 8 yang bakal berentap di pentas kemuncak Cat Fashion Week:

1. Nurul Izzah & Omey (Jantan, Siberian)
2. Nurul Awwal & Chibu (Jantan, Domestic Long Hair)
3. Nurmayani & Kristoff (Jantan, Ragdoll)
4. Siti Rohani & Goyem (Jantan, Domestic Long Hair)
5. Farahin Zakaria & Junny (Betina, Persian)
6. Zakry Shazryl & Winter Notty (Jantan, Munchkin)
7. Anis Halyatie & Evian Evan (Jantan, Ragdoll)
8. Siti Khadijah & Mocha (Betina, Domestic Long Hair)

Pentas akhir kini semakin hampir! Lapan finalis kini memasuki fasa persiapan intensif, daripada merancang busana hingga membina keserasian dan keyakinan di atas pentas peragaan.

Episod NONA pada 29 Jun lalu turut menampilkan salah satu finalis Top 8, Mocha, seekor kucing betina berbaka Domestic Long Hair yang suka dibelai seperti anak kecil. Menurut pemiliknya, Siti Khadijah, “Mocha ni memang saya fully jaga dari dia kecil sampai sekarang, dah 4 tahun. Adik saya bagi dia sebagai hadiah… dan saya masuk Cat Fashion Week ni sebenarnya suka-suka je, saja nak try sekali, at least kita ada pengalaman dan sweet moment bersama.”

Mocha yang manja di rumah tetapi garang di luar ini juga gemar berada di tempat tinggi dan berjalan di taman, menjadikannya antara peserta yang paling menonjol di mata juri.

Ikuti kisah menarik finalis seterusnya dalam segmen khas Cat Fashion Week menerusi program NONA, setiap Ahad jam 2 petang, hanya di TV3.

Mulai 27 Julai 2025, penonton turut disajikan dengan kapsul eksklusif yang akan ditayangkan setiap Ahad, jam 7.50 malam, selama tiga minggu berturut-turut, memperlihatkan cabaran dan perjalanan di sebalik pentas Cat Fashion Week.

Malam kemuncak yang dinanti-nantikan pula bakal berlangsung pada Ahad, 17 Ogos 2025, jam 9 malam, menyaksikan siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara beserta hadiah wang tunai RM5,000.

Turut dipertandingkan, anugerah khas iaitu Anugerah Felix, Si Bijak dan Si Lincah, sebuah penghormatan kepada kelincahan dan kepintaran si bulus!

Siapakah yang bakal membawa pulang mahkota runway kucing pertama dalam sejarah televisyen Malaysia? Temui jawapannya hanya di TV3 – “Meow Menyala, Gaya Membara!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

“Saran Wanita Kawal Marah”

Berita pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya telah menjadi topik bualan hebat di media sosial beberapa hari ini. Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang melemparkan hadiah ulang tahun yang telah diberikan oleh keluarga […]

Trending Tue, 8 Sep 2020
Trending Wed, 24 Jul 2024

Dirasmikan oleh CEO FINAS, Malaysia Anjur Kejohanan BEYBLADE X Sea Cup Buat Julung Kalinya

Wakil pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia turut bertanding.

Featured Thu, 16 Feb 2023
Figura Mon, 8 Jan 2024

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Filem Man On The Run ditayangkan di Netflix sejak Oktober lalu

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Trending Wed, 16 Feb 2022
error: Content is protected !!