Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 3:41pm

Bakal Tercatat Dalam Malaysia Book of Records, Mas Idayu Bersyukur Majlis Kahwin Terima Tajaan Cecah RM7 Juta!

Penyanyi dangdut Mas Idayu terima tajaan sebanyak RM7 juta sempena perkahwinannya bersama Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Mas Idayu, tajaan tersebut merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori sekali gus bakal mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).

Malah, penyanyi itu menzahirkan rasa bersyukur dan menganggap perkahwinan keduanya itu dimurahkan rezeki selepas mendapat banyak tajaan daripada pelbagai pihak.

“Saya memang tak sangka, ia ‘tular’ begini. Hingga saya dan bakal suami ada terfikir juga, siapa Mas Idayu dan Sufian Isa ini yang berita hubungan kami mampu jadi tular dan banyak pihak berminat nak beri tajaan.

“Apapun, saya sebenarnya tak fikirkan sangat nilai tajaan perkahwinan yang mencecah RM7 juta ini. Apa yang saya fikirkan adalah macam mana nak melalui kehidupan bersama dengan pasangan selepas sekian lama saya tidak melaluinya.

“Saya lebih fikirkan semoga dapat jalani kebahagiaan dalam perkahwinan kedua ini sampai akhir hayat. Apatah lagi, saya pun dah sekian lama tak berteman, serta tak percaya perkahwinan. Tapi, kali ini terbuka pintu hati pula dan itu yang saya fikirkan (berkahwin lagi),” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Idayu menyatakan pada awalnya Sufian merancang untuk mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, tetapi dirasakan terlalu awal.

“Jadi, tarikh 16 September nanti, semua orang cuti kerana Hari Malaysia dan mudah juga saya nak ingat. Sebabnya, saya ini susah nak ingat tarikh. Tapi, saya setuju bila Sufian bagi tarikh ini, sebab senang nak ingat saja,” katanya.

Selain itu, penyanyi itu memaklumkan majlis pernikahannya bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan majlis resepsi pula akan diadakan dengan tema ‘fairy tale’ pada sebelah malam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Sun, 20 Aug 2023
error: Content is protected !!