Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 9, 2023 @ 2:15pm

Teruja Tambah Ilmu, Golongan Muda Beri Respons Positif Bengkel Intensif Muzik Xpress Anjuran IRAMA

Ramai anak muda memberi sambutan baik terhadap usaha Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengadakan jelajah Bengkel Intensif Muzik Xpress.

Hadir untuk menambah ilmu, mereka yang menghadiri bengkel terbabit tampil lebih yakin bagi menunjukkan bakat muzik yang ada dalam diri masing-masing.

Dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Pulau Pinang bersama unit Rakan Muda/Rakan Muzik Daerah, bengkel itu diadakan di lima tempat antaranya Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Baling dan penutup di Pulau Pinang.

Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, bengkel yang dikhususkan kepada anak-anak muda dari peminat muzik, pemuzik dan pencipta lagu/lirik dari umur 15 ke 30 tahun ini berjalan dengan baik dan tersusun.

“Ramai peserta awalnya malu-malu, takut dan kurang yakin untuk menonjolkan diri. Namun, apabila sesi ‘jamming’ santai bermula, ada yang memberanikan diri untuk mencuba menyerlahkan bakat yang ada tersimpan.

“Apa yang lebih penting, mereka teruja dengan beberapa ilmu dan info bagaimana menyertai industri muzik secara bijak samada untuk menjadikan sebagai kerjaya serius pada masa depan atau sekadar hobi.

“Bagaimanapun dalam masa yang sama, ia boleh memberikan pendapatan lumayan hasil dari menyanyi, membuat lagu dan rakaman,” kata Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang promosi artis rakaman.

Menerusi bengkel ini juga, banyak tips dan panduan didedahkan oleh panelis yang sudah berpengalaman selama 30 hingga 40 tahun dalam industri muzik dan masih tetap aktif sehingga kini yang diketuai oleh Othman Masri atau nama popularnya Man Senoi yang menaikkan nama kumpulan rap 4U2C.

“Saya membawakan topik cara mudah mencipta lagu, membuat gubahan muzik dengan minimum chord, asas mengenal alat muzik termasuk vokal, cara membuat rakaman dengan mudah menggunakan software, laptop dan alat-alat home studio.

“Saya kongsikan pengalaman lebih 40 tahun bergelumang sebagai komposer, penerbit dan penggubah lagu serta pernah menjadi pensyarah muzik dan teknologi audio di beberapa kolej dan universiti seperti Aswara dan Lim Kok Wing.

“Kolej muzik Icon menjadikan saya berupaya mengenali bakat-bakat anak muda dalam bengkel dan memberikan kaedah-kaedah mudah serta nasihat berkenaan topik,” katanya.

Bengkel ini diperkasakan lagi dengan pembabitan Rozman Abas, pemilik syarikat rakaman dan pengedaran digital Loonaq Records, yang bercerita topik berkenaan kenapa dan bagaimana mendaftarkan sesebuah lagu yang sudah dirakam bagi mendapatkan kad pengenalan digital atau ID kode.

“Ini perlu bagi memastikan semua Digital Streaming Platform (DSP) di seluruh dunia dapat mengenali siapakah pencipta lagu/lirik, pelaku (penyanyi/pemuzik) dan pemilik rakaman audio dan video sesebuah lagu yang ditonton atau didengar di alam internet.

“Saya turut menasihatkan anak-anak muda ini agar setiap rakaman yang telah siap sebaiknya didaftar dahulu bagi mengelakkan kita memuat-naik rakaman yang dikategorikan sebagai konten percuma dan terdedah kepada pencurian hakmilik,” katanya.

Dia turut berkongsi kaedah-kaedah membuat pendaftaran samada secara terus atau melantik Badan Pengutip Royalti Persembahan Awam atau melantik pemborong digital (aggregator) bagi memasar atau monetize lagu di Spotify dan lain-lain DSP.

Tambahnya lagi, beberapa tips lain turut dikongsi iaitu pendedahan berkenaan pendapatan pasif dari kutipan royalti pencipta lagu/lirik dari hakmilik rakaman dan dari royalti pelaku rakaman.

“Pengalaman lebih dari 35 tahun dalam perniagaan dan kini mengurus lebih dari 3000 lagu di semua DSP pelbagai genre termasuk nasyid adalah aset berguna yang dikongsi kepada semua yang berminat.

“Saya fokuskan kepada anak-anak muda dan bakat baharu dalam program Rakan Muda dengan nafas baharu yang baru-baru ini dijenamakan semula,” katanya.

Sheikh Qalam, seorang pencipta lagu dan lirik yang pernah memenangi beberapa anugerah Industri Muzik dan berpengalaman sebagai pengurus dan repertoire artis di beberapa anugerah Industri Muzik dan berpengalaman sebagai pengurus dan repertoire artis di beberapa syarikat rakaman antarabangsa pula, berkongsi mengenai topik bagaimana membina jenama dan membuat promosi di media sosial serta peluang-peluang berkolaborasi penerbitan dengan penyanyi atau artis yang lebih popular.

Dia juga bersama-sama mempelopori program TV popular suatu ketika dulu iaitu Akademi Fantasia dan Maestro Records yang menguruskan semua artis-artis dari Akademi Fantasia.

Selain Kedah dan Pulau Pinang, jelajah Bengkel Intensif Muzik Xpress turut diadakan di beberapa lokasi lain antaranya Kuala Pilah dan Paroi Negeri Sembilan serta Bukit Beruang Melaka menerusi kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Memiliki lebih 100 buah lagu sebelum ini, Aishah tidak mahu hanya lagu Janji Manismu sahaja yang terus dikenang. Lagu Janji Kita pun best kan?

error: Content is protected !!