Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 30, 2025 @ 8:00pm

Tak Pernah Tarik Diri Dari Anugerah, KRU Hormat Sokongan Peminat

Lebih 30 tahun bertapak dalam industri, kumpulan legenda KRU menegaskan mereka tidak pernah terlintas untuk menarik diri daripada mana-mana acara anugerah kerana menghormati sokongan peminat.

Anggota kumpulan itu, Datuk Norman Abdul Halim, 53, berkata kehadiran mereka di pentas anugerah bukanlah untuk mengejar kemenangan, sebaliknya demi memenuhi harapan pengikut setia yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka.

“Kalau di ABPBH, misalnya, tercalon pun sudah cukup bermakna. Kalau kami tarik diri, peminat akan lebih kecewa berbanding kami sendiri.

“Terus terang, kami okay kalau tidak menang. Tapi peminat yang lebih rasa ‘frust’, sebab itu kami tetap sertai,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert The Finale: One More Time di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, Isnin.

Norman menambah, dia bersama Yusry dan Edry lebih memberi fokus kepada kepuasan berkarya dan meninggalkan legasi seni, bukannya mengejar trofi semata-mata.

“Ramai tanya tentang kemenangan kami di AIM baru-baru ini. Sebenarnya, kami tidak lagi meletakkan anugerah sebagai ukuran kejayaan.

“Kalau menang, Alhamdulillah. Tapi yang lebih utama adalah bila kami dapat hasilkan karya terbaik dan menjayakan konsert untuk peminat. Itulah kepuasan sebenar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, KRU bakal mengadakan konsert The Finale berska besar di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada 22 November ini.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 3 Oktober jam 2:00 petang.

Artikel Berkaitan: Dari Axiata ke Stadium Hoki, Konsert KRU The Finale November Ini Bakal Jadi Persembahan Paling Epik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Enot kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana dengan membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

潘裕文重新诠释《因为》唤起对爱情的纯真!

潘裕文最新翻唱单曲《因为》10月17日全马首播!“希望能唤起大家对爱情的纯真与想像,好好的去爱一个人。”

Hiburan Sat, 7 Oct 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023
Events Wed, 20 Feb 2019

Here’s the Final Match-Up for IEM Katowice CS:GO Major New Legends!

You’ll be surprised at who some are going against.

error: Content is protected !!