Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 7, 2023 @ 9:50am

Pekin Ibrahim Belasah Krew Produksi Intai Pelakon Wanita

Aktor dan pengarah Pekin Ibrahim, 42, mengimbas kembali insiden dirinya membelasah seorang krew produksi yang mengintai pelakon wanita baharu, Sara Daewoo ketika menjalani penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah pada 2018.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim menyedari perkara terbabit selepas dimaklumkan oleh Sara yang berada di inap desa ketika kejadian itu berlaku.

“Ia terjadi ketika kami menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak. Krew dan pelakon ditempatkan di dua inap desa berbeza.

“Ketika itu, saya dan kawan dalam perjalanan ke set penggambaran, manakala Sara berada di inap desa wanita.

“Sara mengadu kepada kawqn saya, ada seorang krew mengintai dan merakam menggunakan telefon bimbit, lantas kami patah balik ke sana.

“Apa yang membuatkan saya geram, apabila kami sampai di inap desa, krew itu mengajak saya solat berjemaah. Siap bentangkan sejadah lagi.

“Ketika saya meminta untuk memeriksa telefon bimbit miliknya, krew itu memberikan alasan dan cuba memadam bukti. Saya yang tidak dapat menahan geram membelasah krew terbabit dan menghubungi pengarah, Haizul Anafer Ali.

“Seterusnya, krew itu dibawa ke balai polis. Sara membuat laporan selanjutnya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan. Dia ditahan polis untuk siasatan,” katanya.

Tambah Pekin, ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini.

“Biarpun filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan filem seram, saya rasa kes ini lebih seram berbanding cerita yang kami lakonkan.

“Saya tak sangka berhadapan dengan perkara terbabit, sepanjang terlibat dalam bidang lakonan sejak tahun 2002, ini pengalaman pertama berhadapan kes gangguan seksual.

“Saya kesal kerana krew itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sudahlah dia melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat ‘menunggang agama’ dan berpura-pura mengajak solat,” kata Pekin lagi.

Cerana Biduk Bu Merah filem genre seram yang diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd, ia mengisahkan seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung sendirian di sebuah rumah pusaka.

Bu Merah menyelamatkan seorang gadis bernama Sofia yang hampir dirogol.

Walaupun sudah berusia, kulit Bu Merah tidak berkedut malah sentiasa cantik kerana menjadi hamba kepada penjaga Cerana Biduk yang berpuaka.

Filem itu bakal ditayangkan di 70 pawagam tempatan bermula 12 Oktober ini.

Selain Pekin dan Sara, filem ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Makin tua makin nampak muda pulak dia! Kongsi la petua sikit, Hael😃😀

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Grant Gustin Finally Marries Sabahan Girlfriend!

Congratulations to the lovely couple.

Featured Wed, 30 Aug 2023

Emma Maembong ‘Ready’ Hamil Anak Ketiga – “Saya Tak Kisah Beranak Tiap Tahun”

Takpe anak emma semua segak-segak aih! Geram tengok🤩🤩🤩

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

merasa aiskrim sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Hiburan Tue, 21 Jan 2025
error: Content is protected !!