Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 4:24pm

Gabung Elemen Moden & Tradisional, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Inikan Hari Raya’

Setelah menyertai Universal Music Malaysia, penyanyi berbakat Andi Bernadee kembali dengan karya baharu, menandakan penampilan sulungnya dengan lagu Hari Raya secara solo.

Andi bakal melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Inikan Hari Raya’ menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menggabungkan elemen moden dan tradisional, lagu ini dijangka memberikan kelainan serta menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan irama yang catchy dan menghiburkan.

Dicipta oleh Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, dan Omar K,’Inikan Hari Raya’ turut mendapat sentuhan lirik daripada Andi Bernadee sendiri.

Menurut Andi, proses rakaman lagu ini melibatkan dua sesi di studio iaitu sesi pertama adalah merakamkan vokal utama sebagai demo bagi merasai ‘feel’ lagu tersebut.

“Dari situ, saya dan komposer berbincang tentang muzik, adunan, dan lirik yang sesuai.

“Hanya selepas itu, kami melakukan rakaman kali kedua dengan segala keputusan yang telah disahkan,”katanya.

Justeru, Andi berharap pendengar dan peminatnya dapat menikmati lagu ‘Inikan Hari Raya’ dengan sepenuh hati.

“Saya ingin semua pendengar mendengar, menikmati, dan menghayati lagu ini. Selain membawa keceriaan Hari Raya, lagu ini juga mengandungi unsur nasihat

“Ia menggambarkan suasana sebuah keluarga yang pulang ke kampung halaman serta pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang persiapan dan sambutan Hari Raya. Saya yakin situasi ini dapat dirasai oleh semua orang,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan individu lain dalam menghasilkan lagu ini, Andi berkata,dia sentiasa terbuka untuk berkolaborasi.dengan mana-mana artis.

“Bagi saya, perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Saya lebih suka bekerja dengan mereka yang gemar berbincang, berkongsi idea, serta menerima pandangan daripada saya atau pasukan saya.

“Kolaborasi yang baik akan menghasilkan karya yang lebih sempurna dan berkualiti,” tambahnya.

Andi berharap ‘Inikan Hari Raya’ dapat menghiburkan para pendengar, terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

“Seperti biasa, saya berharap lagu ini dapat membawa keceriaan dan memberi sedikit kemeriahan kepada semua yang menyambut Aidilfitri,” ujarnya.

Lagu  ‘Inikan Hari Raya’ akan dilancarkan pada 28 Februari 2025 dan boleh didapati di semua platform digital. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati lagu ini yang pasti menyemarakkan lagi suasana perayaan anda!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Nora Danish Hargai Boss Ned Pertahankan Dirinya, Akui Hormat Tetap Kekal Walau Sudah Berpisah

Nora turut menghargai tindakan Nedim yang tampil bersuara ketika namanya menjadi sasaran warganet

Featured Sun, 31 May 2020
Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Nubhan menjelaskan katil tersebut bagi memudahkan pergerakan ibunya untuk bangun

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Selepas Lagu Cinta Kita 2, Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Finalis program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Ahmad Adly kini tampil dengan single terbaru berjudul Nota Hasratku. Mengorak langkah tampil dengan lagu ciptaannya sendiri bersama komposer Nuriman, Adly mengakui LCK2 memperkenalkan namanya kepada peminat seni […]

error: Content is protected !!