Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 19, 2017 @ 2:43am

Gambar Tidak Bertuding Tersebar, Izreen naik angin!

Pelakon Izreen Azminda mendakwa ada pihak tertentu yang cuba memfitnah dirinya dengan menyebarkan gambarnya tidak bertudung di laman sosial, baru-baru ini. Ish ish, kesian Izreen…

Menerusi penulisan Izreen di laman Instagramnya, pelakon ini memberitahu pihak tak bertanggungjawab itu mendakwa gambar tersebut diambil sebelum dia bernikah dengan Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude, 29, Ogos lalu.

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu pernikahan saya diperdebatkan. Diam bukan bererti salah dan takut.

“ Cuma memberi ruang buat semua pihak memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

“Kini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami, yang tidak bertudung. Nama pun kat rumah… takkan nak pakai jubah,” tulisnya di Instagram.

Tambah Izreen, dia berasa sangat kecewa dengan fitnah tersebut dan menganggap ia sebagai perbuatan manusia berhati binatang.

“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah?

“Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izreen tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Instagram tersebut. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

BIGBANG太阳4年恋情开花结果!与闵孝琳明年2月结婚

韩国男团BIGBANG成员太阳与闵孝琳在2015年6月公开恋情,至今已交往了超过两年时间;日前两人更是被爆将在明年2月结婚,不久后两人的经纪公司先后确认了该消息!

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Dikritik ‘Himpit’ Siti Nurhaliza, Irene Catalina Fokus Beri Persembahan Terbaik – “Saya Bersyukur Dapat Kongsi Pentas Dengan Biduanita Negara”

Irene Catalina tenang apabila dikritik ‘menghimpit’ Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

AKSI GILA DAN LUCAH IQRAM DINZLY-JANGAN SIBUK PLEASE!

Kalau sebelum ini Iqram Dinzly dilabel sebagai tidak waras kerana mengambil gambar selfie di kubur arwah ayahnya, kali ini Iqram sekali lagi tampil dengan aksi lucah nya di laman instagram LIVE!

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
error: Content is protected !!