Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 3:40pm

“Terpaling Tudung Labuh Tapi Mengumpat” – Rita Rudaini Bidas Netizen Hina Ibu ‘Free Hair’

Pelakon sensasi, Rita Rudaini tampil membidas seorang netizen yang mempersoalkan imejnya sebagai ibu kepada pelajar Ulul Albab meskipun tidak bertudung, dengan kenyataan pedas dan sinis.

Menerusi satu hantaran di media sosial, netizen terbabit mempersoalkan bagaimana seorang wanita yang berimej ‘free hair’ boleh mewakili pihak Muafakat Ulul Albab, sedangkan pelajar di institusi seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan memakai tudung labuh.

“Lagipun gila kau, wakil muafakat Ulul Albab mak free hair… Macam mana nak terangkan dekat anak, yang diwajibkan pakai tudung labuh dekat MRSM tu,” tulis individu berkenaan.

Enggan berdiam diri, Rita yang dikenali dengan pendiriannya yang lantang, membalas dengan penuh sindiran terhadap golongan yang gemar menghukum luaran seseorang.

“Inilah realiti segelintir ibu bapa Ulul Albab… Yang rasa diri ‘terpaling suci’ dan ‘ahli syurga’. Hina orang nombor satu. Lebih baik buka tudung tu kalau mulut tak boleh dijaga.

“Merekalah kononnya pemegang kunci syurga. Asyik kira dosa orang lain. Pakai tudung pun buat apa acik, kalau mulut tu siang malam mengumpat orang. Terpaling tudung labuh ibu Ulul Albab ni,” tulisnya tegas.

Rita sebelum ini melakar kejayaan tersendiri apabila menerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-3, satu penghargaan yang turut mengiktiraf sumbangannya dalam dunia seni dan masyarakat.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Terima Anugerah Darjah Kebesaran & Pingat Negeri Perlis, Iktiraf Sumbangan Dalam Bidang Seni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Trending Wed, 7 Apr 2021
Trending Wed, 28 Aug 2019

Akhirnya Tol Percuma di Lebuhraya MEX

Siapa masa kecik-kecik tengok perarakan dan pertunjukan bunga api dekat Dataran Merdeka angkat tangan!

Trending Wed, 10 Mar 2021

Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Haji Buat Jemaah Malaysia

In shaa Allah, semuanya berjalan dengan baik…

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

error: Content is protected !!