Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 19, 2022 @ 7:26pm

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Hari ini dilaporkan sebuah kes dimana seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan menemui ajal selepas mengalami sesak nafas gara-gara mukanya tertutup dengan kain lampin ketika berada dalam buaian.

Kejadian ini berlaku ketika bayi tersebut berada di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka. Ampang Jaya semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang telah menerima pesakit bayi lelaki tersebut yang dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.

“Semasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.

“Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Farouk, bayi malang tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Kejadian ini masih dalam siasatan dan pihak polis telah menahan reman pengasuh bayi tersebut yang merupakan wanita warga Indonesia.

“Punca kematian masih dalam siasatan.

“Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu,” katanya.

Walaubagaimanapun, pengasuh tersebut didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau yang melibatkan kesalahan jenayah atau dadah selepas semakan dibuat.

Dalam pada itu, keterangan awal telah diambil oleh pihak polis bagi mengetahui punca kematian bayi tersebut.

“Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.

“Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga,” katanya.

Sehubungan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi tadi untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Jul 2018

Kenapa Hanya 2 Ulas Durian Untuk Setiap Hidangan

Kenapa hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan . Perlu elakkan pengambilan yang berlebihan

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal

Featured Tue, 26 Nov 2024

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Amir juga menganggap naskah ini sebagai karya masterpiece.

Trending Tue, 4 Feb 2020
Featured Fri, 24 Jan 2025

Sedia Jalin Kerjasama, Haqiem Rusli Puji Kai Deva Unik

Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak – Haqiem Rusli

Featured Wed, 8 Sep 2021

Kelonggaran Pergerakan Antara WP Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Mulai 10 September

Lembah Klang bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia akan berkuat kuasa bermula Jumaat, 10 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
error: Content is protected !!