Categories: Gaya Hidup

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Jom semak 4 sayuran yang disarankan pengambilannya untuk membantu anda tampil kurus dan langsing.

1. Bayam

Sayuran hijau ini kaya dengan sumber vitamin A, E, C dan K. Bayam memiliki kemampuan dalam mempertahankan air dan kandungan serat tinggi. Selain mencegah masalah pencernaan, kandungannya yang tinggi serat juga membuatkan seseorang itu kenyang lebih lama sekaligus mengelakkan daripada makan berlebihan. Pengambilan dua cawan bayam sehari mampu menurunkan berat badan secara efektif.

2. Tomato

Selain memiliki tahap kalori yang sangat rendah, tomato juga merupakan sumber protein, vitamin, mineral dan serat makanan yang berperanan hebat dalam penurunan berat badan. Serat larut yang terkandung dalam tomato membentuk bahan seperti gel dalam usus besar di mana ia berfungsi sebagai sumber makanan kepada bakteria usus yang baik. Ini membantu mengurangkan penyerapan makanan dan meningkatkan rasa kenyang. Serat yang tidak larut pula mampu mengikat kepada molekul lemak dan menghalang penyerapan lemak.

3. Timun

Sayur timun tinggi dengan nutrien, termasuk vitamin C dan K. Timun membantu proses penurunan badan dengan cepat kerana ia rendah tahap kalori dan karbohidrat. Pengambilan timun dapat membantu menghilangkan rasa dahaga sekaligus menghalang keinginan untuk makan kerana dehidrasi.

4. Brokoli

Brokoli adalah pilihan yang tepat untuk diet penurunan berat badan kerana ia sangat rendah kalori. Sayur ini juga kaya dengan antioksidan yang membantu menyegarkan tubuh badan ketika diet. Beberapa mikronutrien dalam brokoli dikenali untuk menyokong penurunan berat badan, dan fitokimia menunjukkan potensi untuk memecahkan lemak.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops