Categories: Tips

Tip Pilih Sweater

Sweater atau baju panas walaupun tidak sepopular t-shirt di negara-negara beriklim panas dan lembab seperti Malaysia, namun item fesyen ini mesti ada dalam simpanan almari seseorang. Musim hujan dan malam hari merupakan waktu yang sangat tepat untuk bergaya dengan sweater agar tetap tampil menawan.

Selain itu, ramai juga yang mencari sweater apabila ingin bercuti ke negara beriklim sejuk. Semak info berikut sebelum bergaya dengan sweater pilihan:-

1) Sweater dengan potongan V-neckline

Paling sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai potongan badan sempurna. Mereka yang bertubuh pear-shaped lebih cantik memakai sweater yang potongan lehernya lebih luas untuk menimbulkan ilusi bahu yang lebih lebar.

2) Pilih kombinasi yang tepat

Jika mahu menggayakan sweater tebal, padukan dengan skirt atau seluar yang mampu memberi efek ramping seperti skinny jeans, legging, atau skirt berpotongan pensil. Hindari daripada memakai seluar berpotongan lebar atau skirt kembang. Jika ingin membeli sweater yang diperbuat daripada fabrik ringan, usahakan memilih sweater dengan ukuran yang tepat dengan tubuh badan. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar. Hindari sweater tebal seandainya kamu bertubuh gempal.

3) Pilih yang longgar jika…..

Bagi wanita, jika anda mempunyai ukuran payudara yang besar, lebih baik kenakan sweater yang longgar. Tetapi janganlah terlalu besar sehingga sweater yang dikenakan seperti hak milik orang lain. Bagi yang berhijab, memang perlu mengenakan sweater yang tidak mengikut bentuk badan. Pilih potongan yang sopan.

4) Sweater tidak seharusnya polos

Siapa kata sweater memboringkan? Kalau asyik pilih yang polos, mungkinlah begitu. Ketika ini banyak sweater di pasaran yang menampilkan corak atau motif yang cukup menarik. Pilih corak yang melambangkan personaliti dan juga sesuai dengan warna kulit. Selamat mencuba!

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops