Categories: Gaya Hidup

4 Trik Yang Selalu Digunakan Untuk Membuatkan Makanan Nampak Lebih Menarik Dalam Iklan

Wuish, bila kita tengok sesebuah iklan makanan atau minuman itu, rupa produk yang ditonjolkan sangatlah menggiurkan dan perfect! Sebagai golongan pengguna, kita memang akan rasa teringin untuk beli. Kalau kita tengah lapar masa itu, mesti perut terus berbunyi.

Tapi bila dah beli produk yang sama dan kita cuba hidangkan makanan itu mengikut gaya yang ditunjukkan dalam iklan tadi, hasilnya langsung tak serupa! Aik? 

Bila dah tengok video di bawah ini, barulah pengguna-pengguna di luar sana akan faham yang iklan-iklan yang kita tonton dan lihat selama ini bukannya realistik. Rasa tertipu sangat!

“Realistik” di sini bukannya bermaksud ada penggunaan Photoshop, di mana gambar makanan atau minuman tadi diedit secara digital. Sebaliknya, apa yang anda lihat dalam iklan itu… tak semestinya makanan. Cisss!

Rupa-rupanya, kalau betullah makanan yang digunakan, efeknya takkan menjadi secantik yang diingini. 

Jom saksikan video di bawah ini dan ketahui bagaimana kita semua telah ditipu selama ini.

Rasa sakit hati sikit, kan?

Anda boleh lihat perbezaan di antara gambar yang original dan gambar yang telah diubah suai. Ternyata, gambar yang telah dikenakan trik pengiklanan itu lagi menarik di mata pengguna.

Trik pertama adalah agar kondimen dalam sup tak bergerak-gerak atau tenggelam. Untuk gambar kedua, kadbod telah diselitkan di antara pancake supaya nampak lebih tebal dan tinggi. Yang tak tahan, minyak motor digunakan untuk menggantikan madu!

Untuk gambar ketiga pula, sabun pinggan dicampurkan ke dalam air minuman supaya buihnya tahan lama. Dan untuk yang terakhir, krim pencukur lebih mudah untuk dibentuk dan bentuknya lebih tahan lama daripada whipped cream.

Haih, bila fikir balik, bernas jugalah idea-idea yang digunakan. Tapi kita ditipu!

Sumber: You Had One Job

Ad Ops