Categories: Gaya Hidup

5 Jenis Perut Buncit Yang Selalu Dialami Oleh Wanita. No. 4 Memang Selalu Jadi!

Masalah perut buncit dalam kalangan wanita adalah sesuatu yang normal. Ini kerana, semua wanita mengalaminya! Tapi, tahukah anda bahawa perut buncit berlaku ada sebab-sebab tersendiri yang mungkin anda tidak tahu selama ini. 

Yela, mungkin anda fikir perut buncit kerana banyak lemak-lemak degil ataupun terlalu banyak makan. Sebenarnya, tidak semua wanita mengalami jenis perut buncit yang sama, ia adalah berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Nak tahu jenis-jenis perut buncit ini? Jom semak!

1. Perut pir (Pear tummy)

Jenis perut buncit ini biasanya dimiliki oleh mereka yang berpinggang ramping tetapi pada bahagian perutnya lebih besar dan ada lebihan lemak-lemak di pinggul. Individu ini juga memiliki lemak yang sukar untuk dihilangkan pada bahagian peha yang akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir!

Wanita yang mengalami perut pir ini adalah disebabkan faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon.

Untuk pengetahuan anda, estrogen bertanggungjawab untuk mencipta potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil. 

Jadi, untuk mengatasi masalah perut pir ini, anda perlu menghindari makanan tinggi lemak yang berkait rapat dengan peningkatan estrogen.

2. Perut ibu (Mummy tummy)

Jenis ini pula biasa dialami oleh para ibu yang telah melahirkan anak. Biasanya, selepas 3 bulan melahirkan zuriat, perut masih lagi kelihatan seperti hamil. Mungkin juga, perut anda akan kendur, tiada bentuk dan menggeleber. 

Keadaan ini disebabkan pembesaran bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan. Selepas bersalin, otot-otot perut akan kembali bersatu secara semula jadi dan mengambil masa 5 hingga 7 bulan untuk kembalikan perut yang kempis.

3. Perut tiroid (Thyriod tummy)

Perut tiroid berlaku disebabkan oleh kelenjar berbentuk ‘kupu-kupu’ di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh dalam memproses kalori dalam makanan. Kelenjar itu bukan sahaja menyebabkan perut buncit malah ia akan membuatkan bahagian badan yang lain kelihatan membengkak.

Antara tanda tiroid yang harus anda awasi apabila merasakan mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku pada diri anda.

4. Perut stress (Stress tummy)

Mesti anda rasa pelik kan? Ya, stress juga antara salah satu sebab kenapa perut anda buncit! Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut.

Menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis Fat Around The Middle, apabila kita stress dan tidak melakukan aktiviti fizikal, semua energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadinya ia akan disimpan kembali sebagai lemak!

Untuk mengatasi masalah perut stress ini, anda perlu mengawal tahap stress dan pastikan cukup tidur. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap juga membantu untuk mengatasi masalah ini.

5. Perut kembung (Bloated tummy)

Jangan fikir bayi sahaja mengalami perut kembung ya! Anda juga boleh mengalami perut kembung. Jenis ini biasanya perut anda akan kelihatan kempis pada awal pagi dan mula ‘mengembang’ selepas makan. Walaupun perut sudah membesar, berat badan anda tidak berubah.

Ini kerana, ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut akan menghasilkan gas. Gas itulah yang menyebabkan berlakunya ‘angin’ dalam perut.

Tapi, jika bakteria usus mengalami kesukaran untuk menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi dengan menghasilkan lebih banyak gas sekaligus menyebabkan dinding perut menonjol ke hadapan.

Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuklah hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu, menelan terlalu banyak udara, seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga antara penyebab perut kembung.

Jadi, tunggu apa lagi, cuba check perut anda jenis yang macam mana!

Sumber: Daily Mail

tex_admin