Miley Cyrus – Liam Hemsworth Dah Kahwin?

Penyanyi dan pelakon Hollywood, Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan aktor Liam Hemsworth, baru-baru ini.

Bintang Disney itu memuatnaik beberapa keping gambar dengan kapsyen, ‘10 tahun kemudian’ di mana menampakkan beliau memakai busana perkahwinan.

Difahamkan, Cyrus mengadakan majlis tertutup dengan menjemput ahli keluarga dan rakan rapat di rumah pasangan itu di Tennessee, Amerika Syarikat.

Beberapa foto dan video dimuat naik ke akaun Instagram rakan mereka, Conrad Jack Carr, memaparkan kemeriahan majlis berkenaan.

Cyrus menyifatkan kekasihnya itu sebagai sumber kekuatannya sebelum ini dalam satu temubual beberapa bulan lalu.

“Dia bukan setakat teman lelaki saya, tetapi dia juga kekuatan saya,” kata Cyrus ketika ditemubual dalam program Howard Stern Show.

Pasangan ini berkenalan sejak tahun 2010 ketika membintangi filem The Last Song.

Mereka kemudiannya bertunang pada 2012, namun hubungan mereka dikatakan retak setahun kemudian.

Pada 2015, pasangan itu dilaporkan kembali menjalin hubungan.

SGMS Faida