Categories: Gaya Hidup

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Ikan

Suka makan ikan? Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa gemar dengan makanan laut ini berbanding ketam, sotong, dan udang. Tetapi tahukah anda ikan sebenarnya punya banyak manfaat pada kesihatan. Malah, sangat baik untuk program diet kerana ia rendah kalori serta tinggi protein. Berikut ini 8 alasan mengapa anda harus banyak makan ikan:-

1) Meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan otak

Kandungan lemak Omega-3 yang terdapat pada ikan sangat bermanfaat untuk keperluan nutrisi sel-sel otak terutama pada kanak-kanak.

2) Mencegah penyakit jantung

Dalam satu kajian yang dilakukan di Denmark, melibatkan 49000 wanita mendapati mereka yang makan ikan sedikit atau tidak makan ikan cenderung mengalami penyakit jantung hingga 50%.

3) Sumber vitamin D

Ikan yang hidup di laut merupakan sumber vitamin D yang baik. Menurut pakar kesihatan, hal ini membuatkan pengambilan ikan sangat bagus untuk kesihatan tulang, mengurangkan kerosakan sel serta mencegah pelbagai jenis penyakit.

4) Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut

Jika anda memiliki masalah dengan kulit atau rambut, manfaatkan nutrisi yang terkandung di dalam ikan iaitu Omega 3. Omega 3 adalah makanan sihat bagi sel rambut dan kulit.

5) Menyihatkan mata

Selain mengambil pelbagai jenis sayur, kekacang, dan telur, pengambilan ikan dalam diet harian juga mampu memelihara kesihatan mata. Antara ikan yang mampu menyihatkan mata ialah Tuna, Salmon, dan Kod.

6) Mencegah penyakit Alzheimer

Jika tidak mahu menyusahkan orang lain dengan penyakit pelupa ini, mulakan dari sekarang makan ikan. Dalam satu kajian  yang di lakukan di Amerika Utara mendapati makan ikan setidaknya seminggu sekali dapat menurunkan risiko diserang penyakit Alzheimer.

7) Pilihan untuk program diet sihat

Jika anda sedang mengikuti program diet, mengambilan ikan adalah pilihan terbaik. Ikan sangat kaya dengan vitamin, mineral, dan nutrisi, dan ikan memiliki kadar lemak dan kolesterol yang lebih rendah berbanding lauk-pauk lain. Ini adalah bonus untuk anda mendapatkan berat badan idaman.

8) Mencegah depresi

Kandungan Omega 3 pada minyak ikan ternyata juga mampu mengurangkan tingkat depresi seseorang. Bahkan, beberapa kajian menunjukkan bahawa Omega 3 jauh lebih efektif mengatasi depresi berbanding ubat antidepresan.

 

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops