Categories: Gaya Hidup

Alahai Sedapnya Resepi Popiah Carbonara Cheese Viral Ini. Rugi Tak Cuba

Siapa pernah rasa Popiah Carbonara Cheese ini? Sedap kan? Sekarang ini memang tengah viral dan ramai juga orang yang menjual menu ini. 

Bagi yang tiada masa untuk masak, bolehlah beli kalau nak merasa. Tapi, macam penulis, popiah sedap macam ini memang tak puas kalau makan sikit saja. 

Jadi jawabnya, kenalah buat sendiri. Lagi puas! Waktu cuti hujung minggu, bolehlah cuba buat resepi ini. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas pun. Lagipun, popiah ini sedap dimakan walaupun tanpa sos.

Jom tengok resepi Popiah Carbonara Cheese ini!

Bahan-Bahan:

1/2 bawang Holland

3 ulas bawang putih

200 gram ayam cincang

3 sosej

300 gram sos karbonara (1 tin)

2 keju cheddar

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Inti:

Kulit popiah

Lobak merah (diparut panjang)

Telur

Keju cheddar

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang Holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.

2. Masukkan ayam cincang. Kacau dan biarkan sehingga ayam separuh masak.

3. Kemudian masukkan sosej dan kacau lagi.

4. Masukkan 1 tin sos karbonara dan kacau sebentar.

5. Kemudian tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju.

6. Masak sehingga kuah karbonara sedikit kering.

7. Sediakan kulit popiah dan letakkan inti serta lobak merah dan keju cheddar. Gulungkan popiah dengan kemas. 

8. Sapukan sedikit telur di hujung kulit popiah.

9. Goreng sehingga kekuningan. Siap!

Sumber: Buat Orang Lapo

Ad Ops