Categories: Gaya Hidup

Antara Pulau Paling Cantik Di Dunia, Bora-Bora Island Destinasi Romantik Untuk Berbulan Madu

Bagi pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga dan masih mencari lokasi bulan madu yang sesuai, apa kata anda pergi ke Bora-Bora Island. Pulau ini adalah antara pulau-pulau yang tersenarai sebagai pulau paling cantik di dunia tau!

Foto: http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

Bora-Bora Island ini terletak di Polynesia, Perancis! Ia memiliki pantai yang bersih serta lagun yang jernih, dan chalet-chalet resortnya dibina di atas air yang membiru.

Di bawahnya pula tersusun ribuan jenis batu karang dan hidupan akuatik. Fuhh! Cuba anda bayangkan betapa cantiknya pulau ni!

Jadi, anda yang teringin nak menikmati saat-saat romantik berlatarbelakangkan keindahan alam semulajadi, boleh lah booking tiket penerbangan awal-awal dan lihat sendiri kecantikan pulau ini. Gerenti terpukau!

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

Kalau anda nak tahu, keluasan Bora-Bora Island ini hanya 30 km persegi dan ia dikelilingi lagun dan susunan batu karang dari Lautan Pasifik. Batu karang yang ada bertindak sebagai pelindung daripada menerima hentaman ombak terus ke pulau dan lama-kelamaan ia membentuk struktur pantai dan geologi yang sangat cantik! Hebatnya kuasa Tuhan kan?

Menariknya, pada bahagian tengah pulau ini terdapat 2 buah gunung berapi yang dah tak lagi aktif iaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu. Mesti best kan dapat menghabiskan masa dengan yang tercinta dekat pulau ni kan? 

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

Dekat Bora-Bora ni, tak ada pengangkutan awam tau. Tapi anda boleh memilih untuk sama ada menyewa kereta ataupun dengan berbasikal jika nak pergi kemana-mana.

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

Anda juga kena tahu, Bora-Bora bukan syurga membeli belah ya! Tiada bangunan tinggi-tinggi atau tempat hiburan. Dekat sana hanya ada ketenangan dan kecantikan alam semulajadi yang boleh anda nikmati. Yang paling syok, anda boleh merasa sendiri pengalaman memberi ikan jerung dan ikan pari makan di dasar laut. Anda juga boleh cuba aktiviti air yang lain seperti scuba diving dan snorkeling! Bestnya!

http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

Bora-Bora bukan sahaja untuk orang yang nak berbulan madu; orang muda-mudi yang masih single dan nak cari ketenangan pun boleh pergi jugak!

Ajak kawan-kawan dan keluarga anda sekali, mesti lagi meriah! Jadi, apa tunggu lagi? Jom travel ke Bora-Bora Island!

Sumber: http://www.afzalsukasuki.com/2016/10/bora-bora-antara-pulau-tercantik-di.html

tex_admin