Categories: Gaya Hidup

Bahaya Tidur Lewat Untuk Wanita!

Semua orang tahu tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, namun masih ramai yang memandang ringan mengenai perkara ini. Biarpun disarankan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk waktu tidur, namun dek kesibukan rutin kerja dan keluarga, ada yang hanya dapat tidur selama empat hingga lima jam sahaja sehari.

Bagi anda yang sering tidur lewat, mungkin anda akan fikir semula mengenai perkara ini selepas mengetahui betapa bahayanya tidur lewat.

1) Kanser

Tidur lewat boleh menyebabkan kanser hati. Malah, mereka yang bekerja sehingga lewat malam juga berisiko tinggi mendapat kanser payudara dan kanser kolon kerana lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Disebabkan itu, kita digalakkan tidur dalam gelap atau tidak memasang lampu kerana cahaya lampu mampu menurunkan hormon melatonin yang berfungsi untuk membantutkan pertumbuhan kanser.

2) Diabetis & Sakit Jantung

Menurut Profesor Philippe Foguel dari Imperial College London, tidur lewat boleh menyebabkan masalah diabetis dan penyakit jantung. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolestrol yang menjadi punca kepada penyakit jantung. Selain itu, tidur lewat mampu menyebabkan masalah strok.

3) Gangguan Kesuburan

Wanita yang memiliki pola tidur yang tidak teratur mampu mengalami masalah kesuburan. Selain itu, tidur lewat juga boleh mengakibatkan seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak teratur, gelisah dan sering beremosi.

4) Masalah kulit wajah

Wanita sangat menitikberatkan soal kecantikan namun jika sering tidur lewat, seseorang itu cenderung memiliki lingkaran gelap pada bahagian mata, wajah yang pucat, kusam, kedut, jerawat dan garis-garis halus di wajah.

4) Mengurangkan ghairah seksual

Tidur lewat membuatkan badan terasa letih sekaligus mengurangkan tenaga dalam tubuh badan. Ia mampu menyebabkan nafsu dan ghairah seksual seseorang itu berkurangan

5) Obesiti

Kebanyakan kita menganggap kurang tidur dapat menguruskan badan. Namun kajian menunjukkan mereka yang tidur lewat mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana kurang tidur akan menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan mempengaruhi selera makan seseorang.

6) Depresi & Stress

Kurang tidur akan mengganggu pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan kemurungan atau depresi. Selain itu, tidur lewat malam juga membuatkan badan letih dan meningkatkan hormon stress.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops