Categories: Gaya HidupSihat

Belajar minum air pada waktu yang betul, barulah cantik dan sihat!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Air adalah  satu elemen penting untuk kesihatan tubuh badan, namun ramai yang mengabaikan pengambilan air yang cukup untuk kesihatan mereka. Lebih memburukkan keadaan, ada yang terlupa untuk minum selepas menikmati makanan dengan alasan mereka tidak berasa dahaga.

Tahukah anda air adalah bahan terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit, memecahkan lemak selain memastikan metabolisme badan berfungsi dengan aktif.

Apabila air di dalam badan mencukupi, metabolisme akan berfungsi dengan baik dan berupaya membakar lemak di dalam badan seterusnya menngkatkan fungsi pembuangan toksik di dalam badan melalui perkumuhan. 

Betapa pentingnya air sehingga kita tidak mampu bertahan satu hari tanpa air. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat waktu tertentu untuk meminum air?

paling penting pastikan penyerapan air dimaksimumkan demi memastikan kesihatan berada pada tahap memuaskan. Oleh itu, ketahui masa yang betul untuk meminum air sepanjang hari. Antaranya adalah:

Bangun tidur

Foto: gaya.tempo.co

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, minum secawan air suam boleh membina persekitaran yang sesuai untuk mencairkan kepekatan darah dan mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu dalam membersihkan tubuh secara semula jadi. Ini kerana dalam kandungan air liur mempunyai enzim yang membantu pencernaan. 

30 minit sebelum  makan

Foto: lifestyle.okezone.com

Dengan mengamalkan minum air suam 30 minit sebelum makan dapat membantu dalam melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Ia akan menjadikan perut berasa kenyang dan makan dalam kuantiti yang sedikit. 

Sebelum mandi

Foto: wowkeren.com

Sebelum anda mandi, minum air suam agar dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan akan berasa lebih tenang. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu melaraskan denyutan jantung. 

Sebelum tidur

Air tidak seharusnya diminum terlalu banyak sebelum tidur. Waktu yang terbaik adalah dengan meminum dua hingga tiga jam sebelum tidur. Dengan itu, jika diamalkan ia boleh membantu mengurangkan kehilangan air ketika tidur dan melancarkan darah. 

tex_admin