Categories: Gaya Hidup

Biar Betul? Minum Protein Shake Boleh Meningkatkan Lagi Berat Badan?

Selain berhempas-pulas di gym, lagi satu cara untuk menurunkan berat badan ialah dengan meminum protein shake yang mengandungi serbuk protein yang dicampurkan dengan air, susu atau jus buah.

Secara lazimnya, minuman ini memanglah bagus untuk kesihatan, tapi ia juga bergantung kepada kandungan keseluruhannya.

Tengok gambar di bawah ini. Di dalam bekas-bekas minuman ini, terkandung minuman protein shake.

Foto: Instagram @caloriefixes

Nampak sama, kan? Percaya atau tidak, bekas minuman di belah kiri mengandungi campuran serbuk protein dan air yang bersamaan dengan 130 kalori.

Yang di belah kanan pula? Serbuk protein yang sama dicampur dengan dua cawan susu badam, sebiji pisang, 2 sudu besar mentega kacang dan 1 sudu besar madu. Jumlah kalorinya? 530 kalori.

Rupa sama, tapi kandungannya jauh berbeza!

Gambar ini telah dimuat naik oleh pengguna Instagram @caloriefixes untuk menjelaskan bagaimana protein shake boleh digunakan untuk menurunkan berat badan serta meningkatkannya.

“Ada banyak jenis pemasaran dan pengiklanan tentang minuman protein ini, dan kadangkala ia boleh membingungkan,” tulisnya.

“Di hujung hari, protein shake adalah suatu sumber mudah untuk mendapatkan zat protein. Pada masa yang sama, gambar ini menunjukkan bahawa jumlah kalori dalam protein shake sebegini kadangkala sebenarnya tinggi.”

Anda mungkin pernah dengar, “Kalau bosan dengan rasa protein shake anda, campurkan sedikit peanut butter atau buah-buahan kegemaran anda.”

Memanglah lagi sedap, tapi bila anda tambah macam-macam bahan yang berkalori tinggi ke dalamnya, rosaklah fungsi serbuk protein itu. Daripada menyihatkan, terus jadi tak berapa sihat.

Anda kan nak kuruskan badan? Jadi fikir dulu sebelum main tambah saja apa-apa bahan yang anda suka.

“Fokus anda ialah untuk mendapatkan protein asli yang secukupnya untuk memperbaiki otot, fungsi hormon serta kesihatan organ pencernaan anda,” tulis @caloriefixes.

Sumber: PopSugar

Ad Ops