Categories: HiburanSelebriti

Best Ke Sajat Buat Performance?

Nampaknya kita dah sampai episod yang ke -10 dalam Nur Sajat Rated Xtra! 

Kali ni, Sajat kelihatan bergegas ke sebuah hotel mewah untuk membuat persembahan. Agaknya persembahan apa lah tue kan? Tapi sebelum membuat persembahan, Sajat agak rushing untuk bersiap kerana terlalu sibuk dengan perniagaan beliau. 

Namun, walaupun sibuk, Sajat sempat membawa penonton dan krew produksi melihat sendiri beliau bersiap dan bersolek. Wah, rupanya Sajat selalu membuat finishing solekannya sendiri. Bagus betul Sajat ni kan? 

Baju apa yang Sajat pakai tu, macam nak buat persembahan je kan? Haa, kalau nak tahu dalam episod kali ini Sajat akan membuat persembahan sempena malam gala sebuah majlis jualan besar-besaran terkemuka di Malaysia tau. Siap ada tema lagi, nak tahu tema dia apa? Temauntuk malam gala tersebut ialah Moulin Rouge jadi penonton jangan terkejut pula kenapa Sajat pakai baju macam tu. Kak Ifa Raziah kita pun siap pakai bulu-bulu atas kepala lagi.

Jadi, kepada penonton yang terlepas untuk m enyaksikan episod kali ini, saksikan selebriti media sosial ini dalam Nur Sajat Rated Xtra secara eksklusif hanya di tonton!

Salma Syahbuddin