Categories: HiburanSelebriti

Nak Tahu Comel Ke Tak Anak Sajat, Saksikan Dalam Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton!

Wah! Bukan sahaja sibuk dengan dunia perniagaan, Sajat juga nampaknya busy betul di rumah bersama anak-anak. Kalau korang nak tahu bagaimana rutin Sajat di rumah bersama anak-anak kenalah tengok rancangan eksklusif ni okay!

Dalam episod kali ini, Sajat sempat menyiapkan anak-anaknya iaitu Syahmi dan Syaza sebelum keluar bekerja. Nampaknya Sajat pun macam mak-mak yang lain juga kan? Siap berlari mengejar anak-anak semata-mata nak suruh pergi mandi. 

Tapi, tugas seorang ibu memang lah penat dan kadang-kadang menguji tahap kesabaran. Tapi, betul lah kata-kata Sajat tu, kena terapkan nilai-nilai kasih sayang antara keluarga, barulah kasih sayang tu berpanjangan. Kan?

Untuk episod akan datang, Sajat kelihatannya berjumpa dengan Kak Ifa Raziah lah? Apa agaknya yang mereka bakal lakukan. Kalau nak tahu, penonton kenalah saksikan Nur Sajat Rated Xtra eksklusif hanya di tonton!

Salma Syahbuddin