Categories: Gaya HidupSihat

Bosan bersenam berseorangan?

Bagi sesetengah individu, aktiviti senaman mereka lebih menyeronokkan apabila ia dilakukannya bersama teman.

Daripada melayan muzik atau menonton televisyen secara solo, seronok juga jika waktu bersenam anda dilaksanakan sekali dengan sesi bergosip atau bersembang!

Bayangkan anda dan rakan sedang berlari di atas mesin treadmill di gimnasium sambil berkongsi kisah-kisah menarik. Tidaklah membosankan seperti apabila anda bersenam seorang diri!

Selain itu, aktiviti senaman juga boleh digunakan untuk ‘merapatkan’ lagi hubungan anda bersama teman, tidak kiralah ‘BFF’ ataupun suami. 

Caranya ialah dengan melakukan teknik-teknik senaman yang telah digabungkan supaya dua orang individu boleh lakukannya bersama.

Maknanya, kedua-dua orang yang terlibat akan menikmati faedah senaman itu dengan membantu satu sama lain.

Ingin cuba? Ikuti enam teknik seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah, ihsan daripada Goodful.

Teknik 1: Wheelbarrow Push-Ups + Squats

Teknik 2: Buddy Wall Sits – Gunakan bahagian belakang teman anda untuk seimbangkan badan anda.

Teknik 3: Squat & Jump/Step + Plank hold

Teknik 4: Jump Squat + Claps

Teknik 5: Plank + Claps – Gunakan bahagian tengah badan anda untuk seimbangkan diri.

Teknik 6: Leg Toss – Gunakan bahagian tengah badan untuk elak kaki daripada mencecah ke lantai.

Lakukan setiap jenis senaman selama 30 saat, dan kemudian rehat selama 30 saat sebelum memulakan senaman seterusnya.

Selamat mencuba!

Ad Ops