Categories: Gaya Hidup

Bye-Bye Selulit! Ini 6 Cara Mudah & Semulajadi Untuk Hilangkannya. No. 1 Wajib Cuba!

Selain jerawat, selulit juga merupakan antara masalah yang paling ditakuti oleh wanita. Daripada anda membazir dan berbelanja mahal untuk rawatan menghilangkan selulit, apa kata semak tip di bawah. Memang mudah, murah dan paling best buat di rumah saja!

1. Bawang

Kandungan kalsium, selenium dan mineral yang terdapat dalam bawang dapat membantu memecahkan timbunan lemak sekaligus menghilangkan selulit. Lepas ini kenalah makan bawang banyak-banyak.

2. Kranberi

Kranberi mampu membentuk jaringan dan dinding-dinding dalam pembuluh darah sekaligus mengurangi serta mencegah masalah selulit.

Anda boleh mengambil kranberi kering sebagai kudapan atau minum 300ml jus kranberi tanpa gula.

3. Cuka Epal

Cuka epal mengandungi mineral, potassium, magnesium dan kalsium yang mampu membuang toksin dan lebihan air pada bahagian lemak badan.

Anda boleh campurkan cuka epal serta air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung pada sensitiviti kulit anda) dan sapukan pada bahagian berselulit. Kemudian, balutkan dengan plastic wrap dan letakkan tuala suam di atasnya selama 1 jam.

Selepas itu, buka balutan dan bilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak sekali sehari sehingga selulit benar-benar hilang.

Anda juga boleh minum campuran air suam bersama 2 sudu cuka epal dengan 1 sudu madu di mana minuman ini membantu mengurangkan berat badan anda sekaligus mencegah selulit.

4. Lemon

Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam lemon juga mampu menghilangkan selulit. Caranya, ambil lemon yang kulitnya masih hijau dan belah kepada dua. Gosok pada bahagian yang berselulit dan biarkan sementara untuk pati lemon meresap ke bahagian kulit. Kemudian, bilas dengan air hangat.

5. Minyak zaitun

Anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan madu dan sapukan pada bahagian yang berselulit. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air suam. Selain minyak zaitun, anda juga boleh gunakan minyak kelapa dara.

6. Skrub Kopi

Kopi membantu menegangkan kulit dan mengurangkan selulit. Tapi bukan dengan cara minum kopi, tapi menerusi skrub kopi. Anda boleh buat sendiri dengan mencampurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula dan 3 sudu minyak kelapa atau zaitun sehingga menjadi pes. Lumur dan urutkan pada kawasan berselulit dan balut dengan plastic wrap. Biar seketika dan kemudian bilas dengan air.

Selamat mencuba!

Ad Ops