Categories: Oh Lawa

Ketahui Teknik Lukisan Eyeliner Mana Yang Paling Sesuai Untuk Bentuk Mata Anda

Kalau dah terlambat nak keluar tapi tak nak biarkan mata tak bermekap, ramai wanita akan sambar saja eyeliner mereka dan pakai.

Memang menjimatkan masa dan senang. Cantik pun cantik!

Sekarang ini dah ada macam-macam jenis teknik lukisan eyeliner yang popular, tapi bukan semuanya gerenti sesuai dengan bentuk mata anda ya.

Check dulu apa bentuk mata anda, dan kemudian tengok teknik eyeliner mana yang paling sesuai.

Monolid

Joe Scarnici/Getty Images

Kalau kelopak mata anda tak berlipat, maknanya anda ada monolid. Jadi pastikan anda melukis eyeliner di garisan bulu mata. Lagi dekat dengan garisan tu lagi bagus. Garisan tu biarkan tebal. Tapi yang paling penting, jangan lukis eyeliner di bawah mata. Nanti mata anda akan nampak lagi kecil pula.

Hooded eyes

Vittorio Zunino Celotto/Getty Images

Jika lipatan kelopak mata anda tenggelam, anda mempunyai hooded eyes. Teknik yang paling sesuai ialah tightlining, di mana anda melukis eyeliner tepat pada garis mata. Dengan cara ini, mata anda akan nampak lebih besar dan terang. Kalau nak terang lagi, letakkan sedikit highlighter di bahagian tear duct (saluran air mata) mata anda.

Downturned eyes

Jon Kopaloff/Getty Images

Anda kena “naikkan” mata anda kalau mata anda berbentuk seakan menurun. Jadi teknik eyeliner paling sesuai untuk anda ialah cat eye. Lukiskan garis wing di bahagian hujung mata tapi jangan lentik sangat pula! Dan jangan lukis eyeliner di bahagian bawah mata.

Round eyes

Jon Kopaloff/Getty Images

Kalau mata anda bulat, anda kena buat mereka nampak panjang, baru cantik. Lukiskan eyeliner di dua pertiga daripada bahagian luar kelopak mata anda, betul-betul di garisan bulu mata atas dan bawah. Cantumkan kedua-dua garisan liner tu di sudut hujung mata. Kalau anda panjangkan garisan tu sikit ke belakang kepala, nampak lebih eksotik. Tapi jangan terlebih panjang pula!

Almond eyes

Kevin Mazur/Getty Images

Anda mempunyai mata jenis ini kalau bentuk mata anda naik sikit ke atas. Kata orang, bentuk inilah yang paling cantik. Wanita yang mempunyai bentuk mata sebegini memang bertuah sebab mana-mana teknik eyeliner pun sesuai untuk mereka. Teknik yang paling cantik dengan melukis garisan dari belah dalam kelopak mata hingga ke belah luar. Mulakan dengan garisan nipis tapi tambahkan ketebalannya bila menuju ke bahagian luar kelopak mata.

Sumber: www.purewow.com

Ad Ops