Categories: Gaya Hidup

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali terkena air atau minyak panas mesti anda akan teringat petua orang dulu-dulu kan? Antaranya kalau nak cepat sembuh, tempat yang melecur itu perlu letak kicap, ubat gigi, susu, minyak masak dan tepung. Tetapi tahu tak, sebenarnya petua ini adalah tidak tepat daripada segi perubatan ya!

Begitu juga jika anak kecil yang terkena air panas, para ibu juga perlu menggunakan kaedah yang betul untuk merawat kawasan yang melecur itu. Jangan terlalu yakin bahawa setiap petua yang anda gunakan akan memulihkan kawasan yang melecur. Jadi berhati-hati lah sebelum ia menjadi lebih teruk!

http://www.abangbrian.com/blog/2016/12/29/tips-merawat-luka-melecur-dengan-cepat/

Ini antara langkah yang boleh anda lakukan jika terkena air atau minyak panas:

1. Letakkan kawasan anggota badan yang terkena air atau minyak panas di bawah air yang mengalir sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga hilang rasa sakit. Selepas itu, anda boleh menggunakan tuaman tuala sejuk untuk melegakan kesakitan.

http://keluarga.karangkraf.com/seleksi/7-cara-paling-senang-cepat-hilangkan-rasa-sakit-terkena-minyak-atau-air-panas-1.696113

2. Menurut Dr. Hana Hadzrami, jika anggota yang melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal, anda perlu menanggalkannya dengan serta merta supaya kulit mudah disejukkan sebelum ia ‘masak’. Jika dibiarkan, kulit yang tersiram air panas boleh ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana sumber haba tidak dihentikan. Ini akan menyebabkan kesan melecur menjadi lebih teruk!

https://id.wikihow.com/Merawat-Luka-Bakar

3. Kemungkinan selepas beberapa hari, kawasan lecuran yang kemerahan akan mula surut dan mungkin menggelembung atau melepuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah sapukan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar. Ingat! Jangan sesekali pecahkan gelembung tersebut kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. 

https://ummunusyaibah.com/wp-content/uploads/2018/01/kulit-melecur-gelembung-udara.jpg

Kesimpulannya, anda perlu mempelajari asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan dan memberi rawatan permulaan bagi luka melecur kerana ia merupakan antara kemalangan yang kerap berlaku di rumah. Selain itu, anda boleh menyimpan alat-alat perubatan seperti kapas, bandage, ubat antiseptik dan sebagainya yang mudah didapati di farmasi. Apa yang penting, anda perlu meningkatkan tahap keselamatan di rumah terutamanya pada mereka yang mempunyai anak kecil. 

Sumber: Mingguan Wanita 

tex_admin