Categories: Gaya Hidup

Fakta Menarik Di Sebalik Infinity Stones Yang Menjadi Rebutan Dalam Karya Avengers: Infinity War

Jika anda peminat filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan Infinity Stones atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekaligus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun lagenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Foto : GameSpot

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis Manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Foto : wired com

Sumber : BBC & Astro Awani

 

Yanie Baharom