Categories: HiburanSelebriti

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Sebak…Menerusi entri di laman Instagram penyanyi Akim Ahmad, beliau telah memuat naik sebuah entri khas buat arwah ibunya.

Penyanyi berusia 27 tahun ini kehilangan ibu tersayang pada 6 Mei lalu.

Dalam entri tersebut, Akim menulis, “ Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.

“Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Sebilangan besar pengikut Akim turut berkongsi rasa sedih selepas membaca luahan hati yang ditulis oleh Akim.

Peminat juga turut mendoakan agar roh arwah ibu Akim ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Arwah ibu Akim Ahmad, Aminah Bahari disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 5 Mei lalu, Al-Fatihah…

SGMS Faida