Categories: Gaya Hidup

Fasha Sandha Kongsi Tip Nak Travel Bersama Anak Buat Ibu Tunggal

Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Fasha Sandha. Penulis pasti, anda semua sudah maklum bahawa, Fasha merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak. 

Baru-baru ini, Fasha telah memuat naik gambar bersama anak-anaknya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis Indera Kayangan. Melalui posting tersebut, Fasha ada berkongsikan tip kepada ibu tunggal untuk travel dengan mudah bersama anak-anak.

Penulis rasa, kalau bukan ibu tunggal pun, memang agak sukar nak travel bersama anak-anak kalau tiada suami ataupun pembantu. Yela, mananya nak kawal anak, nak bawa beg pakaian lagi. Pasti mencabar!

Tapi, bagi Fasha ia bukanlah satu yang mencabar, malah dia dilihat sebagai seorang ibu yang sangat independent & strong! Tip berguna yang dikongsikan kalau nak travel bersama anak-anak adalah:

“Alhamdulillah selamat sampai Indera Kayangan, Anak-anak pun baik je 5 jam dalam ETS. Kepada ibu-ibu yang takde suami, nak travel dengan mudah, jangan bawak luggage, bawak je backpack yang besar, semua boleh masuk!”

Mudah saja sebenarnya kan? Para ibu kena bijak, janganlah bawak semua barang keperluan, bawa yang penting-penting saja untuk sumbat dalam backpack. Barulah senang nak ‘pikul’ bersama anak-anak!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram

tex_admin