Categories: Gaya Hidup

Gunakan 3 ‘Hack’ Berguna Ini Bila Anda Nak Pergi Camping

Banyak faedahnya apabila anda melakukan aktiviti berkhemah. Salah satunya adalah peluang untuk menikmati dan mengagumi ciptaan Tuhan dan mendampingi alam semula jadi.

Bila dah penat dan bosan dengan kehidupan di bandar, pasti seronok jika dapat hirup udara segar di dalam hutan.

Walau bagaimanapun, memang kita tak boleh nafikanlah yang aktiviti beriadah ini bukan untuk semua orang. Jika anda dah biasa sangat dengan kehidupan moden, rasanya susah pula untuk biasakan diri di kawasan-kawasan yang tiada sumber elektrik ataupun sumber air bersih.

Memang anda kena berlasak sedikit. Anda tak boleh bawa katil atau tilam empuk ke kawasan perkhemahan. Anda tak boleh bawa dapur gas untuk masak.

Barang-barang yang anda perlu bawa hanyalah barang yang anda betul-betul perlukan, tapi pada masa yang sama, mereka perlu datang dalam bentuk yang mudah untuk dibawa, iaitu saiz mini.

Tak apa, untuk memudahkan pengalaman anda apabila berkhemah, anda boleh ikuti 3 trick atau “hack” camping seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah ini. Gerenti aktiviti anda akan berjalan dengan lebih lancar!

Selamat mencuba!

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops