Categories: Gaya Hidup

Hidangan Bajet Di Kelate Kitchen, Sedap ‘Boh’!

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan sedap yang boleh kita cuba. Setiap negeri mesti ada makanan popular yang perlu korang test! Salah satunya adalah makanan dari negeri yang terkenal dengan panggilan Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Bagi mereka yang berasal dari Kelantan pastinya sudah biasa dengan aneka makanan tradisional dari negeri itu antaranya nasi kerabu, nasi ala kak wok dan banyak lagi. 

Susah ke nak dapat makanan Kelantan ini di sekitar Lembah Klang? Jawapannya tidak kerana hidangan ini sudah banyak dijual dan mudah didapati di sekitar Lembah Klang. Antaranya Restoran Kelate Kitchen yang terletak di Plaza Prima Setapak.

Selain daripada masakannya yang sedap, apa yang menarik tentang Kelate Kitchen ini ialah harga makanannya yang berpatutan. Setiap hidangan serendah RM6-RM8. Sesuai untuk korang yang nak berjimat cermat! 

1. Nasi Beratur (RM 6.00)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

2. Nasi Kukus King (RM 7.00)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

3. Nasi Penarik Ikan Tongkol (RM6.00)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

4. Nasi Kerabu Kambing Bakar (RM14)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

5. Nasi Kerabu Ayam Bakar (RM7.00)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

6. Tea Jebok (RM5.50)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

7. Kelapa MIXX (RM6.00)

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

Korang terliur tak tengok? Nampak sedap kan? Selain Itu, terdapat juga aneka jenis kuih-muih dan pencuci mulut yang dijual. Antaranya pulut mangga yang sememangnya disukai ramai! 

1. Pulut Mangga

https://www.facebook.com/kelatekitchen/

Kesimpulannya, korang janganlah takut-takut nak mencuba sesuatu makanan yang baru terutamanya makanan daripada negeri lain. Bak kata orang, ‘belum cuba belum tahu’! Lepas ini korang boleh lah try makan dekat ‘Kelate Kitchen’ okay! Selamat mencuba!
tex_admin