Categories: Trending

Fattzura Jemput 5000 Peminat Bertuah Ke Majlis Resepsi Ahad Ini…Untunglah!

Berita gembira buat peminat pasangan popular, Fattzura! Artis kesayangan anda bakal mengundang 5,000 peminat bertuah untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi mereka yang bakal berlangsung di Royale Palace, Shah Alam, Ahad ini.

Fattah Amin dan Fazura yang baru sahaja diraikan dalam majlis resepsi bertemakan ‘fairytale’ pada 25 Februari lalu memberitahu mereka mahu melunaskan janji untuk berkongsi kegembiraan dengan semua peminat mereka.

Menurut BH Online, majlis resepsi tersebut bakal diadakan pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.

Wow, untunglah siapa yang dapat pergi Ahad ini. Diharap majlis resepsi Fattzura dapat berjalan dengan lancar dan buat peminat, janganlah kecewa kalau tak dapat selfie dengan pengantin. Maklumlah, kesian pengantin nak layan beribu-ribu peminat yang datang.

Kredit foto: Instagram #fattzurafairytale

Ad Ops