Categories: Gaya Hidup

Hidangan Menyelerakan di The Sumbs

The Sumbs, For Foodie By Foodie Café. Bagi warga Shah Alam, kafe ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang tahu tentang kelazatan makanannya. Berkonsepkan makanan fusion, The Sumbs menampilkan kelainan dalam pilihan menu dan juga cara hidangannya.

The Sumbs tidak menggunakan pinggan-mangkuk, sebaliknya menggunakan kotak berkualiti tinggi untuk menghidang makanan. Kotak-kotak ini tidak mengeluarkan bahan kimia apabila makanan panas dimasukkan. Malah, ia juga boleh disimpan di peti sejuk dan boleh terus dipanaskan dalam ketuhar haba.

Paling penting harga setiap makanan di kafe yang hanya dikendalikan oleh ‘geng-geng’ lelaki ini sangat berpatutan untuk pelbagai golongan masyarakat.

Jadi, apa menu menarik yang patut anda cuba?

1) Chef Spicy Pasta (RM13.00)

Salah satu signature dish di sini. Sekali tengok macam hidangan Mi Goreng Mamak, tapi sebenarnya ia adalah Spaghetti yang digoreng bersama sos kicap istimewa, cili padi dan juga hirisan daging. Memang lain daripada yang lain. Kalau tak tahan pedas, jangan sesekali hidangan ini. Rasanya memang sangat pedas dan mungkin terlalu masin juga.

2) Chicken Roll Carbonara (RM10.40)

Antara menu yang baru diperkenalkan. Kalau suka pasta lemak berkrim, hidangan ini sesuai untuk dinikmati dengan secawan minuman hangat. Spaghetti dimasak sempurna, cuma kuahnya agak manis. Gulungan ayam juga tidak mengecewakan. Sedap!

3) Churros with Chocolate Wafer Pecan Dip (RM9.80)

Hidangan pemanis mulut ini memang popular di sini. Setiap satu hidangan ada empat batang churros yang gebu, lembut dan ranggup di luar. Lebih asyik apabila dicicah bersama sos coklat kacang pecan.

4 ) Scallop Sambal Gyoza (RM8.00)

Berbaloi untuk dicuba. Dumpling yang diisi dengan scallop dan campuran sayur ini memang membuka selera. Ditambah pula dengan sos cili pedas menyegarkan. Sepiring memang tak cukup. Enak dimakan ketika masih panas untuk menikmati keranggupan kulit dumpling.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat singgah di The Sumbs Cafe. Cawangan di Shah Alam dibuka pada setiap hari, kecuali Jumaat dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam.

 

Ad Ops