Categories: FeaturedGaya Hidup

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan juga akan menjadi sarang penyakit.

Selalu apabila berbicara tentang eat clean pasti ramai yang berkira-kira kerana perlu melupakan makanan yang menjadi kegemaran. Malah, ramai juga yang tidak berminat kerana menganggap menu yang boleh diambil sangat terhad.

Diet clean eating pertama kali muncul ketika tahun 1960, namun mulai diperkenalkan secara meluas pada tahun 2007 oleh Tosca Reno yang mengeluarkan buku berjudul ‘Eat Clean Diet’. Clean eating adalah gaya hidup, bukan diet. Ini kerana clean eating perlu dilakukan secara berterusan. Tetapi diet selalunya akan dihentikan apabila seseorang itu sudah mendapat berat badan yang diidamkan.

Apabila anda memilih untuk melakukan clean eating, anda perlu mengambil makanan dari sumber semulajadi, bukan yang telah diproses seperti sosej, pati burger, atau nugget. Kurangkan garam, gula, minyak, makanan berlemak, dan banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar. Paling bagus, sumber protein yang diambil dimasak secara sihat seperti kukus, panggang dan bakar.

7 Cara memulakan clean eating

1) Bahagikan waktu makan kepada 5 ke 6 kali sehari. Setiap kali waktu makan ambil dalam jumlah yang sedikit. Ia bertujuan untuk menjaga agar kandungan gula dalam darah stabil.

2) Makan sumber protein yang bagus iaitu daging, ayam ikan dan telur.

3) Banyakkan pengambilan serat

Anda tidak harus menjadi vegetarian jika ingin melakukan clean eating, tapi salah satu prinsip yang diperkenalkan dalam clean eating adalah menambah pengambilan serat dalam satu hari. Serat boleh didapati pada sayur dan buah-buahan segar.

4) Lupakan semua makanan manis dan tinggi karbohidrat seperti nasi putih, mi kuning, dan juga roti putih.

5) Hindari makanan berlemak jahat atau trans fat. Antaranya margerin, sup segera, fast food, dan juga mi segera.

6) Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Bahkan ada pendapat yang mencadangkan minum air mengikut berat badan, iaitu setiap 25kg berat, anda perlu minum 1 liter air.

7) Elak makan junk food.

Jika anda boleh melakukan kesemua perkara di atas, percayalah anda akan melihat perubahan positif pada bentuk badan dan juga tahap kesihatan. Perubahan gaya makan ini sebaiknya dilakukan secara perlahan-lahan, agar tubuh badan tidak terkejut atau memberontak.

7 manfaat clean eating :-

1) Pengurangan kadar lemak tubuh

2) Pengurangan berat badan

3) Menambah energi

4) Kulit lebih sihat

5) Rambut lebih berkilau

6)Tidur lebih nyenyak

7) Jauh daripada stress

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muart turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops