Categories: Gaya Hidup

Ini Masa Terbaik Untuk Minum Secawan Kopi Pertama Anda

Bila kehidupan seharian kita tersangatlah stressful, ada dalam kalangan kita yang bergantung kepada minuman kopi untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang. 

Jika anda salah seorang yang tergolong, anda mungkin rasa yang anda perlukan secawan kopi sebaik saja anda bangun pagi supaya anda boleh “berfungsi” dengan betul.

Hakikatnya, jika anda minum kopi awal sangat, ia boleh menjejaskan produktiviti anda pada hari itu.

Dua orang bekas pereka teknologi di syarikat Google telah menjumpai waktu optimum untuk minum kopi pertama anda dan memaksimumkan tenaga yang ia bekalkan.

Tapi ia taklah seawal pagi yang anda harapkan. Menurut Jake Knapp dan John Zeratsky, waktu itu adalah pada pukul 9.30 pagi.

“Kafein adalah sesuatu bahan yang sangat berkuasa,” tulis mereka dalam buku Make Time: How To Focus On What Matters Every Day.

“Dan kerana ia memberi efek terus kepada kadar tenaga anda, anda patut minum kopi dengan niat, bukannya sebab dah terbiasa.”

Jadi bila 9.30 pagi tiba, anda akan betul-betul enjoy secawan kopi anda.

Foto: Mouths of Mums

Cawan kedua

Jake dan John juga mendapati yang peminum kopi tak patut tunggu untuk minum secawan kopi kedua mereka bila mereka dah betul-betul penat.

“Perkara ini rumit sikit. Jika anda tunggu sampai dah letih baru nak minum, nanti ia dah dikira terlambat,” tulis mereka.

Waktu yang mereka mengesyorkan adalah 30 minit sebelum anda jangka yang anda akan rasa penat. Selalunya sebelum waktu makan tengah hari, orang akan rasa kadar tenaga mereka menjunam.

Minuman lain

Menerusi kajian mereka lagi, Jake dan John mengesahkan yang minuman seperti teh hijau dan espresso patut diminum pada waktu tengah hari kerana mereka menawarkan dos kafein yang lebih rendah.

Mereka juga mencadangkan supaya anda bereksperimen dalam mencari waktu paling sesuai untuk minum secawan kopi terakhir anda dalam sesuatu hari itu.

Maklumlah, efek kafein boleh bertahan selama 5 ke 6 jam. Ini bermakna, lagi lambat dalam sehari itu anda minum kopi, lagi lamalah anda akan berjaga dan susah untuk lelap.

Semoga info ini memberi anda manfaat! 

Sumber: Insider

Ad Ops