Categories: Oh Lawa

Sama Ada On Frame Atau Off Frame, Si Cantik Jennie Kim Memang Gila Melaram!

Sana sini radio di mana-mana saja ghairah memutarkan lagu DDU-DU DDU-DU nyanyian Blackpink. Memang tidak dinafikan single terbaru Blackpink bernuansakan up beat itu sangat catchy dan mesra pendengar.

Bayangkan penulis yang tidak pernah menyukai lagu-lagu K-Pop pun boleh terjebak. Tinggal lagi belum mengisytiharkan diri sebagai Blinks! (gelaran buat peminat-peminat Blackpink).

Bercakap mengenai kumpulan vokal yang dianggotai empat wanita ini, Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo, mereka bukan saja cantik tetapi juga berbakat.

Foto: Soompi

Ciri extra dimiliki kumpulan ini berbanding girls band lain, keempat-empat mereka sering menjadi perhatian pencinta dan pengkritik fesyen terutamanya Jennie sehingga diangkat sebagai ikon fesyen untuk generasi muda masa kini.

Di sebalik raut wajahnya yang comel, personal style Jennie dan pilihan fesyennya menjurus kepada gaya jalanan yang BOLD.

Ini boleh diukur melalui kegilaannya terhadap oversized suits, crop tops, statement T-shirts, boyfriend jeans, killer boots dan sneakers.

Selain menjadi wajah rasmi Chanel untuk beberapa rangkaian koleksi di bawah jenama itu, Jennie mendapat jolokan Human Gucci oleh media Korea Selatan kerana memperagakan jenama branded itu dengan stail yang sofistikated!

Hijab & Heels menghimpunkan beberapa personal style  Jennie yang jarang dilihat di kaca televisyen atau di pentas persembahan tetapi inilah dirinya di luar! 

Foto: Instagram Jennie

Foto: Instagram Jennie

Foto: Twitter

Foto: Instagram Jennie

Foto: Twitter

Foto: Instagram Jennie

Foto: Instagram Jennie

Foto: Twitter

Foto: Instagram Jennie

Foto: Instagram Jennie

Yanie Baharom