Categories: Gaya Hidup

Jika 5 Perkara Ini Berlaku Kepada Anda, Ladies Anda Wajar Angkat Kaki!

Untuk apa bertahan dalam sesebuah hubungan sekiranya pasangan anda berlaku curang? Fighting untuk membuktikan ‘The best woman win!’, sakitnya mungkin tidak begitu terasa jika anda yang memenangi battle ini. 

Tapi apa pula nasib kalau dibuang seperti sampah? So ladies, usah buang masa dalam satu perhubungan yang tidak pasti. Jika lelaki itu benar-benar ikhlas dan serius dengan niatnya, dia sendiri akan membawa perhubungan kalian ke satu fasa yang diredhai iaitu pernikahan.

Sekalipun dia mungkin berstatus suami orang, jika dia benar ikhlas, dia akan melalui setiap procedure yang betul untuk menikahi anda tanpa membelakangkan keluarga anda juga keluarganya sendiri.

Hijab & Heels ingin berkongsikan 5 teknik untuk menghidu perbuatan curang pasangan anda. Kelima-lima petanda ini usah dipandang enteng, jangan pula sedapkan hati sendiri atau hidup in denial gara-gara terlalu cintakan pasangan ini.

Foto: Zoosk

5 petanda pasangan anda punya buah hati baru

1. Ignoring you

Jika si dia sudah mula menunjukkan sikap endah tidak endah kepada anda, apatah lagi untuk menjenguk anda tatkala ditimpa sakit, ketahuilah dia tidak lagi mengambil berat tentang kamu.

2. Sesuka hati cancel temujanji dan mengelak daripada bertemu

 Apabila pasangan asyik mengelak daripada berjumpa dengan anda diberikan pula seribu satu alasan, cuba bertanya kepadanya mengapa dia bersikap dingin. Jika situasi itu berlarutan lebih 3 bulan, eloklah anda perbincangkan tentang status perhubungan kalian.

3. Kiriman mesej hambar

Masa tengah hangat bercinta sekejap-sekejap text atau diberinya mesej panjang lebar melambung kata-kata pujian juga menyatakan rindu dan sebagainya, tetapi selepas beberapa bulan atau 1 tahun keadaan mulai berubah, jawapan mesej anda pun ringkas saja dibalasnya, asyik-asyik sibuk saja alasannya, tak usahlah menunggu si dia lagi.

Pasangan anda sedang berseronok dengan wanita lain, anda pula terus tertanya-tanya dan menangis tepi bucu katil! Buang masa uols!

4. Berang bila anda menyentuh telefon bimbitnya

Jika anda berdepan masalah ini, maknanya pasangan anda confirm ada wanita lain. Kalau tidak mengapa perlu takut memberikan telefon bimbit jika tiada rahsia atau hubungan terlarang yang wujud di antara kalian. Anda mungkin sekadar mahu meminjam seketika telefon bimbit pasangan anda kerana mahu bermain Candy Crush!

5. Tiba-tiba ajak break off

Jika anda setia dan telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda tetapi tak semena-mana dia menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan tanpa sebab atau memberikan alasan anda terlalu baik untuknya, itu bermakna cintanya telah berbagi kepada wanita lain.

Lelaki nak cari bini sudah tentulah wanita yang baik dan boleh dijadikan isteri jadi kenapa harus membuang wanita yang menyayangi mereka tanpa sebab? Jelas sekali ada wanita licik di sebalik hubungan anda.

Foto: 92profm

Anyway girls, anggap saja lelaki datang dan pergi. Yang penting jaga maruah dan keperibadian diri, jangan sekali-kali jadi hamba lelaki. Jodoh ketentuan di tangan Allah SWT,  pasti ada Mr Right yang dinanti jika anda sabar dan tidak putus berdoa.

Sumber: EH!

Yanie Baharom