Categories: Gaya Hidup

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Anda percaya atau tidak amoi cantik ini usianya sudah 43 tahun? Memang tak masuk akal bukan? Sebabnya wanita dikenali sebagai Lure Hsu ini kelihatan seperti gadis 20-an.

Kalau tak percaya, pergilah stalk Instagram miliknya iaitu @lurehsu yang kini mempunyai 721,000 pengikut. Lure Hsu bukan saja tampak muda pada paras wajahnya tetapi juga penampilan yang seakan gadis remaja ghairah berfesyen.

Foto: Instagram Lure Tsu

Foto: Instagram Lure Tsu

Memang tidak menghairankan mengapa setiap pemakaiannya tampak stailo, ini kerana Lure Hsu yang berasal dari Taiwan adalah seorang pereka fesyen.

Pokoknya, paras rupa menawan dimiliki Lure Hsu membuatkan ramai netizen berminat untuk mengetahui kisahnya. Malah turut menarik perhatian media Tiawan untuk menjadikannya subjek temubual mereka.

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas.

Foto: Instagram Lure Tsu

Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.

Untuk mengelak daripada terkena sunburn, Lure mengamalkan penggunaan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Bahkan dia juga mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen, selain memulakan harinya dengan minum secawan kopi tanpa gula.

Foto: Instagram Lure Tsu

Sumber: mStar

Yanie Baharom