Categories: Gaya HidupSemarak

Kalau Nak Kurus Di Pagi Raya, Amalkan Tip Diet Ini

Apabila tiba bulan puasa, pasti ada dalam kalangan anda yang ambil peluang untuk berdiet kan? Bila badan kurus, baru cantik menggayakan baju raya pada Syawal yang akan tiba nanti. Setuju tak?

Tapi, anda perlu tahu juga diet yang betul ketika bulan puasa ini, jangan main suka hati sahaja! Anda perlu lakukan diet yang sihat maka proses kuruskan badan akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Jom ketahui tip diet sihat yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

1. Jangan tinggal waktu sahur

Foto: MalayMail

Jangan tinggal waktu sahur anda kerana ia boleh menyebabkan tubuh badan anda letih dan lesu keesokannya.  Jika anda mengabaikan waktu sahur, anda akan makan lebih banyak ketika berbuka puasa. Sebaiknya, anda bersahur tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. 

2. Makanan rendah kalori

Foto: Healthy

Semasa sahur ambil makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. Pemilihan makanan haruslah yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti gandum, juga makanan-makanan yang mengandungi protein seperti telur. Elakkan makanan bergoreng, berlemak dan masin kerana ianya mudah membuat anda dahaga ketika siang hari.

3. Pengambilan nasi, bihun dan mee

Foto: HungryForever

Tidak ada masalah untuk anda makan nasi, bihun, mee ataupun kuetiow semasa sahur. Asal jumlahnya hanyalah segenggam sahaja. Anda juga boleh makan roti ataupun oat.

4. Minuman manis

Foto: Picbear

Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Sebaliknya, anda perlu minum air putih dengan secukupnya.

5. Sayur dan buah-buahan

Foto: Panduan Blogspot

Ketika berdiet di bulan Ramadan ini, anda wajib makan sayur dan buah-buahan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah apa yang kita makan itu adalah seimbang dan buatkan kita lebih bertenaga.

6. Lakukan senaman

Foto: Vocket

Walaupun berpuasa, jangan jadikan ia penyebab untuk anda tidak aktif. Anda tetap boleh melakukan senaman-senaman ringan selama 30 minit setelah anda berbuka puasa. Anda boleh melakukan squat, sit up dan pelbagai jenis senaman yang lain. Pastikan anda berpeluh ya!

Selamat berdiet!

Sumber: TheVocket

tex_admin