Categories: Gaya Hidup

Loligo Resort Hua Hin Ideal Untuk Percutian Keluarga

Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi, lebih-lebih lagi bagi mereka suka dengan sejarah, kebudayaan serta suasana santai.

Terletak kira-kira 3 jam setengah pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga Diraja Thailand, maupun penduduk Bangkok. Di malam hari, meski pun tidak ‘sehidup’ Bangkok, Hua Hin menjadi lebih hidup dengan adanya pasar malam atau night market yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Tidak ketinggalan, deretan restoran yang menyajikan makanan laut terbaik.

Pemandangan sunset yang memukau mata memandang

Tak kenal, maka tak cinta, jadi adalah lebih baik anda nikmati sendiri keindahan dan keunikkan Hua Hin daripada mendengar cakap-cakap teman atau apa yang dikongsi di ruang digital. Selepas puas membeli-belah di Kota Bangkok, bolehlah teruskan perjalanan ke Hua Hin untuk percutian pantai.

Mencari lokasi penginapan di lokasi percutian pilihan kerabat Diraja Thailand ini tidaklah sesusah mana kerana memang banyak resort, hotel, atau penginapan bajet yang boleh dijadikan pilihan.

Jika memilih bercuti bersama keluarga, apa kata anda cuba menginap di Loligo Resort Hua Hin. Ini kerana resort ini punya ciri istimewa untuk tetamu berkeluarga. Menyediakan kemudahan day care di Kid’s Studio, ia memberi peluang untuk anda menghabiskan masa privasi di samping suami tanpa gangguan anak-anak.  Jadi bolehlah berdua-duaan di tepian pantai seperti ketika dilamun cinta dahulu. Pasti romantis!

Berkonsepkan persinggahan tepian pantai, Loligo Resort menampilkan dekorasi segar, nyaman dan ceria. Kombinasi rona putih dan turquoise di setiap kamar membuatkan jiwa terbuai dengan suasana percutian mendamaikan. Terinspirasi daripada suasana perkampungan nelayan, segenap ruang di resort ini dihiasi dengan item-item  dekorasi yang mengaitkan kepada perkampungan nelayan. Namun, ia disulam dengan ciri-ciri moden dengan sedikit elemen seni.

Menawarkan 47 buah kamar luas yang terdiri daripada Deluxe Balcony Room, Mini Suite Pool/Garden Balcony dan Mini Suite Sea & Horizon Balcony, setiap bilik mampu memuatkan sehingga lima orang individu dalam satu-satu masa.

Jika anda pasangan yang mempunyai anak (bawah 12 tahun) tidak perlu membayar caj tambahan, ianya percuma. Cukup sekadar mengambil satu kamar kerana setiap jenis kamar mempunyai pilihan 1 unit King Bed atau 2 unit Queen Bed. Memang sangat mesra keluarga.

Untuk makluman lanjut mengenai resort ini, boleh layari laman sesawang rasmi www.loligoresort.com

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

 

 

Ad Ops