SOFI JIKAN DITAHAN POSITIF GANJA

Susulan dakwaan pelakon Datuk Farid Kamil terhadap rakan-rakannya, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir memberi keterangan! 

Pelakon filem KL Gangster itu didapati positif dadah jenis ganja. Pemilik nama Mohamad Shoffi bin Jikan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya sebentar lagi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu, Farid Kamil telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis. Rakan-rakan yang dimaksudkan itu telah mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga dia bertindak di luar kawalan di Balai Polis Kota Damansara.

Tiga rakan artis yang dimaksudkan itu dilaporkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 90-an, serta seorang lagi pelakon.

SGMS Faida