ISTANA JUTAAN RINGGIT PUN MASUK AIR?

Mengaku sedikit kecewa dengan proses pembinaan yang agak lambat, Dato Aliff Syukri walaubagaimanapun berasa agak teruja tiap kali menunjukkan istana mewahnya yang bernilai jutaan ringgit itu.

Menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau, Dato Aliff Syukri dilihat telah merakamkan detik-detik cemas beliau ketika istana barunya itu bocor dimasuki air. Keadaan menjadi lebih panik apabila perabot yang baru sahaja dibelinya turut terkena limpahan air tersebut.

 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah Dato Aliff Syukri sempat memegang telefon dan merakamkan detik-detik kejadian tersebut sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika sedang mencari suis utama paip air tersebut.

 

Apapun, kesian juga dengan Dato Aliff Syukri kita ni kan? Mana taknya, beliau telah habiskan jutaan ringgit untuk membeli perabot dan membina istana beliau. Malah, sebelum ini juga memang terdapat beberapa masalah teknikal melibatkan pembinaan istananya itu sehingga beberapa kali menukar kontraktor. 

Salma Syahbuddin